Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 March, 2011

Keluarga tunjang kominiti masyarakat - Romie



Caption: TERIMA KASIH...Grace menyampaikan cenderamata kepada Romie sambil disaksikan oleh Arif ketika berlangsungnya majlis itu.

Saleman Senin

BETONG, Sabtu (12 Mac) – Keluarga merupakan komuniti paling asas dan tunjang dalam sesebuah pembentukan sesebuah masyarakat kata Residen Bahagian Betong Datu Romie Sigan Daniel.

Justeru keluarga secara tidak langsung adalah merupakan peringkat terawal dalam proses pembentukan sahsiah seseorang bagi memajukan negeri, memantapkan sahsiah dan jati diri masyarakat di masa akan datang.

“Keseimbangan di antara pembangunan fizikal, sosio ekonomi, sahsiah dan jati diri dalam diri harus wujud agar kerajaan dapat mencapai hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.

“Untuk mencapai matlamat ini maka kerajaan menerusi agenda Sosial Negeri Sarawak bertindak menubuhkan Realiti Baru yang diberi dalam empat akronim iaitu Perubahan, Peluang, Mobiliti dan Kesaksamaan,” katanya.

Romie berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Pembangunan Keluarga: Bapa Contoh yang diadakan diPejabat Residen Bahagian Betong anjuran Biro Wanita, Jabatan Ketua Menteri dengan kerjasama Pejabat Residen Betong kelmarin.

Selain itu katanya usaha untuk membentuk, membina serta mengurus keluarga sering menghadapi cabaran yang hebat dalam era globalisasi masa kini dan perlu ditangani dengan cara yang bijaksana.

“Sayugia diingatkan bahawa ketua keluarga perlulah melengkapkan diri dengan sifat kesabaran, bertolak ansur, bijaksana, diplomasi dan berilmu ketika membentuk sebuah keluarga bahagia,” tambah beliau.

Terdahulu Program seramai 200 orang lelaki yang terdiri daripada kaum bapa dari kawasan Betong mengambil bahagian dalam Program Pembangunan Keluarga: Bapa Contoh berkenaan.

Program yang ini dikendalikan oleh pakar Motivasi dan Perunding Utama, Ariff Irwani bin Azahari turut dhadiri oleh wakil Pengarah Biro Wanita, Jabatan Ketua Menteri iaitu Grace Luyang.

Tamat.

No comments:

Post a Comment