Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 March, 2011

Kelapa condong di Termiang, Simunjan bimbangkan pengguna kenderaan



Caption: PERLU TINDAKAN...Pokok condong di kawasan Kampung Termiang boleh mengugat keselamatan pemandu kenderaan di Simunjan jika tidak diselesaikan segera.


SIMUNJAN, Selasa (8 Mac) – Pengguna jalan raya dalam kawasan Simunjan melahirkan rasa bimbang berhubung kedudukan sebatang pokok kelapa yang makin condong ke arah jalan raya semenjak kebelakangan ini.

Masalah pokok kelapa yang semakin condong ke arah jalan ini berlaku di kawasan Kampung Termiang, Simunjan yang secara tidak langsung menimbulkan masalah kepada pemandu kenderaan berat di situ.

“Saya terpaksa berhati-hati ketika memandu melintasi kawasan Kampung Termiang kerana khuatir sekiranya pokok kelapa tersebut tumbang dan menutup sebahagian daripada laluan jalan raya.

“Kita bimbang jika pokok kelapa secara kebetulannya tumbang dan menghempap kenderaan yang sedang lalu di situ. Justeru saya berharap agar pihak berkuasa tempatan bertindak memotong pokok kelapa terbabit,” kata Mohd Safuan Saini, 24.

Beliau turut melahirkan kebimbangannya jika pokok kelapa tersebut tumbang pada waktu malam iaitu ketika jarak penglihatan pemandu tampak lebih terhad berbanding memandu ketika waktu siang.

Keadaan pokok kelapa condong ini didakwa sudah lama terbiar sehingga laporan ini ditulis. Bagaimanapun penduduk Kampung Termiang boleh mengambil inisiatif mereka untuk menebang sendiri pokok berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment