Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 March, 2011

Karnival Mesra Belia DUN Lingga meriah


Caption: MERIAH...Penduduk sedang menyaksikan pelbagai acara yang berlangsung sempena Karnival Belia DUN Lingga di Padang Lama KPSDU Sri Aman hari ini.

SRI AMAN, Sabtu (12 Mac) – Bandar Sri Aman telah diceriakan dengan penganjuran Karnival Mesra 1 Belia 1 Sarawak 1 Malaysia peringkat DUN Lingga yang berlangsung di Padang Lama KPSU Sri Aman bermula hari ini (12 Mac).

Tinjauan pihak media mendapati bahawa sekitar 3,000 orang penduduk membanjiri kawasan Padang Lama KPSU Sri Aman bermula jam 8 pagi hingga jam 3.30 petang untuk melihat pelbagai jenis aktiviti yang diadakan bersempena dengan karnival tersebut.

Antara acara yang diadakan pada karnival itu ialah Karnival Autoshow Part 4 Topgear Motorsport Sri Aman, Pertandingan Futsal, Pertandingan Tarik Tali, Pertandingan Silat, Pertandingan Shuffle Berkumpulan, Pertandingan Karaoke Terbuka dan Senam Cergas 1 Belia 1 Malaysia.
 
Turut diadakan juga ialah Pertandingan Sepak Raga Bulatan, Pertandingan Senaman 1 Malaysia, persembahan nyanyian oleh para artis dari Semenanjung Malaysia dan Sarawak serta persembahan kugiran muzik.

Seorang penduduk iaitu Liew Koh San, 20 , berpendapat bahawa Karnival Mesra 1 Belia 1 Sarawak 1 Malaysia ini mampu menghimpunkan semua belia yang tinggal di kawasan DUN Linga.

“Pentingnya ialah karnival dapat menarik golongan belia berumur 21 tahun – 45 tahun dan seterusnya mendekatkan golongan berkenaan terhadap barisan pemimpin di kawasan ini dari masa ke semasa,” katanya.

Justeru Binju, 23, berharap agar Karnival Mesra 1 Belia 1 Sarawak 1 Malaysia ini dapat diadakan di kawasan DUN Lingga pada setiap tahun demi memperkukuhkan lagi hubungan antara belia di masa akan datang.

“Karnival Mesra 1 Belia 1 Sarawak 1 Malaysia bagi DUN Engkilili juga sedang berlangsung di Skrang sekarang. Saya bercadang untuk pergi ke sana bagi memeriahkan lagi suasana sambutan program,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment