Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 March, 2011

Karnival Mesra 1 Belia DUN Lingga 12 hingga 13 Mac ini

SRI AMAN, Khamis (10 Mac) – Orang ramai terutama sekali para belia dijemput untuk hadir ke Padang Lama KPSU Sri Aman bagi memeriahkan sambutan Karnival Mesra 1 Belia 1 Sarawak peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga bermula 12 hingga 13 Mac ini.
 
Jurucakap Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman ketika dihubungi memberitahu karnival yang bertujuan untuk merapatkan belia dengan pemimpin ini akan diserikan dengan pelbagai acara menarik.
 
“Antara acara yang bakal diadakan pada karnival itu nanti adalah Karnival Autoshow Part 4 Topgear Motorsport Sri Aman, Pertandingan Futsal, Pertandingan Tarik Tali, Pertandingan Silat, Pertandingan Shuffle Berkumpulan, Pertandingan Karaoke Terbuka dan Senam Cergas 1 Belia 1 Malaysia.
 
“Kita juga akan mengadakan Pertandingan Sepak Raga Bulatan, Pertandingan Senaman 1 Malaysia, persembahan nyanyian oleh para artis dari Semenanjung Malaysia dan Sarawak serta persembahan kugiran muzik,” katanya.
 
Penyertaan bagi kesemua acara yang diadakan bersempena dengan karnival itu nanti masih dibuka kepada orang ramai dengan menghubungi pihaknya di talian telefon 083-322339 sebelum tarikh tutupnya pada hari Sabtu ini.
 
"Borang penyertaan boleh diambil secara percuma dari pejabat kami. Borang yang lengkap diisi harus mengemukakan kembali kepada pihak urusetia acara pada hari berlangsungnya karnival itu kelak,” katanya.
 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi binti Haji Peri akan merasmikan Karnival Mesra 1 Belia 1 Sarawak ini sekitar jam 7.30 malam pada hari Sabtu ini.
 
Tamat...

No comments:

Post a Comment