Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 March, 2011

Karnival Autoshow Part 4 sempena Karnival Belia DUN Lingga meriah


Caption : TAHNIAH...Para pemenang bergambar kenangan bersama Awang (kiri sekali) dan Masran (kanan sekali) ketika berlangsungnya karnival terbabit baru-baru ini.


SRI AMAN, Selasa (15 Mac) – Awang Arafat bin Haji Awang Sohor muncul juara bagi Kategori Scooter Extreme bagi Karnival Autoshow Part 4 anjuran Kelab Topgear Motorsport Sri Aman di Padang Lama KPSU Sri Aman baru-baru ini.

Karnival Autoshow Part 4 yang diadakan bersempena dengan Karnival Mesra 1 Belia 1 Sarawak peringkat DUN Lingga menyaksikan Arafat membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM150.

Kedudukan naib juara bagi kategori itu pula dimenangi oleh Hizbullah bin Hasbi yang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100 manakala pemenang tempat ketiga iaitu Wan Mohd Zaki bin Wan Saperi membawa pulang hadiah bernilai RM50.

Kategori Scooter Standart bagi karnival itu pula menyaksikan Ahmad Ismail Hussain muncul juara sambil diikuti oleh Mohd Suhaimi bin Ahmad dan Abdul Rani bin Abdul Khan yang memperoleh kedudukan naib juara serta ketiga dalam kategori itu.

Manakala itu kategori Motorbike Extreme bagi karnival ini menyaksikan Murtalip bin Mohd Jiwa muncul juara sambil diikuti oleh Syafiq Syazuan Ruzaidi dan Annas Syukri Ismawi yang memperoleh kedudukan naib juara dan tempat ketiga pada kategori itu.

Zulhasli bin Drahman pula telah dinobatkan sebagai juara bagi kategori Motorbike Standart manakala Timothy Libau dan Abang Saiful Abang Rosli pula memperoleh kedudukan naib juara dan tempat ketiga.

Seorang peserta iaitu Wan Alba Basrul Al – Noor bin Wan Alwi muncul peserta beruntung setelah muncul juara secara automatik bagi kategori Elegen Extreme tanpa saingan daripada peserta lain.

Kategori terakhir iaitu Elegen Standart bagi Karnival Autoshow Part 4 ini menyaksikan Wan Muhd Zaki Wan Saperi muncul juara manakala Madora anak Jamaliah muncul pemenang tempat kedua.

Nilai hadiah wang tunai yang sama ditawarkan kepada semua pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga bagi kategori itu dan ia disampaikan oleh Pengerusi Kelab Topgear Motorsport Sri Aman, Awang Zainuddin Awang Ahmad.

Timbalannya iaitu Masran Haji Muhammad pula menyampaikan hadiah kepada pemenang katefori Display Kenderaan Kategori Moden serta Klasik (motorsikal dan kereta) pada waktu sebelah malam karnival itu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment