Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 March, 2011

Karnival Autoshow Part 4 sempena Karnival Belia DUN Lingga 12 Mac ini



Mugshot : AWANG ZAINUDDIN AWANG AHMAD

SRI AMAN, Selasa (8 Mac) – Kelab permotoran terkemuka di Sri Aman iaitu TopGear Motorsport Sri Aman akan menganjurkan Autoshow Karnival Part 4 bersempena dengan penganjuran Karnival Mesra 1 Belia, 1 Sarawak DUN N.23 Lingga pada 12 Mac ini.

Pengerusi kelabnya, Awang Zainuddin Awang Ahmad memberitahu Autoshow Karnival Part 3 ini akan berlangsung di Padang Lama Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) Sri Aman bermula jam 7 pagi hingga 8 malam.

“Acara yang bakal dipertandingkan dalam autoshow ini nanti ialah Open Scooter Standart, Motorbike Standart, Motorbike Extreme, Scooter Extreme, Scooter Elegent Extreme, Scooter Elegen Standart dan Display Kenderaan Kategori Moden serta Klasik (motorsikal dan kereta).

“Kesemua tujuh buah acara yang bakal dipertandingkan pada autshow ini nanti dibuka penyertaannya kepada semua peminat kenderaan bermotor dari seluruh negeri Sarawak,” menurut beliau.

Mereka yang berminat kata Awang boleh menghubungi beliau sendiri di talian 019-8213003 untuk mendapatkan borang atau melayari laman web www.topgearsriaman.com untuk mengetahui lebih lanjut tentang acara berkenaan.

Dengan yuran bayaran penyertaan sebanyak RM20 seorang, Autoshow Karnival Part 4 ini nanti menurut beliau bakal menawarkan hadiah wang tunai dan piala untuk pemenang bagi ketujuh-tujuh acara ini.

“Justeru Kelab TopGear Motorsport Sri Aman mengalu-alukan penyertaan semua pihak dalam ketujuh-tujuh acara ini ketika berlangsungnya Karnival Mesra 1 Belia, 1 Sarawak DUN N.23 Lingga kelak,” katanya.

Beliau juga menambah bahawa Autoshow Karnival Part 4 ini nanti bakal dimeriahkan lagi dengan Pertandingan Hiasan Lampu Kenderaan (Lighting) bermula dari jam 7 malam hingga 9 malam pada tarikh berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment