Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

30 March, 2011

Kami masih mahukan Simoi! - ranting PBB Lingga


Caption: SOKONG SIMOI...Nasir (kiri) sedang membaca kenyataan sokongan terhadap Simoi sambil ditemani oleh Setiausaha cawangan PBB N.23 Lingga, Kaunselor Mas Shamsiah Haji Maslem di sini hari ini.


SRI AMAN, Rabu (30 Mac) – AJK cawangan dan 34 buah Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) kawasan N.23 Lingga memohon Hajah Simoi Haji Peri untuk menarik semula hasrat beliau yang mahu mengundur diri dari pilihan raya negeri Ke-10 pada 16 April depan.

Ia merupakan respon pihak terbabit setelah Simoi yang merupakan penyandang Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga semenjak dari tahun 2006 lepas mengumumkan hasrat itu di akhbar tempatan hari ini (30 Mac).

“Tidak berbaloi bagi Simoi untuk menjadi wakil rakyat selama satu penggal. Ini kerana banyak program pembangunan yang dirancang oleh beliau semenjak dari tahun 2006 dahulu masih tertangguh dan belum dilaksana.

“Atas sebab ini Simoi harus terus melaksanakan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat dengan bertanding semula di kawasan DUN Lingga pada pilihan raya negeri kelak,” kata Bahagian Perisik N.23 Lingga merangkap wakil pihak terbabit iaitu Nasir Johan ketika mengadakan sidang media di Pejabat PBB N.23 Lingga hari ini.

Beliau juga turut menambah bahawa hanya Simoi sahaja yang lebih memahami rancangan pembangunan yang dirancang oleh dirinya untuk kebaikan penduduk dalam kawasan DUN Lingga selama ini.

“Selain itu kenyataan negatif mengenai diri Simoi ketika berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasan itu sebenarnya dikeluarkan oleh pihak yang mempunyai kepentingan diri sendiri dan bukan daripada pihak ranting.

“Jika adanya dakwaan kononnya pihak ranting PBB N.23 Lingga tidak lagi menyokong beliau pada pilihan raya kelak maka itu juga adalah tidak benar sama sekali,” kata Nasir sambil menambah penduduk kaum Iban di Lingga masih menyokong Simoi sebagai wakil rakyat dan bukannya seperti yang dilapor oleh pihak tertentu selama ini.

Justeru beliau selaku mewakili PBB kawasan N.23 Lingga melahirkan rasa curiga sekiranya pihak Barisan Nasional (BN) mampu mempertahankan kerusi DUN Lingga dengan menggunakan calon baru pada pilihan raya negeri Ke-10 ini nanti.

“Alasannya mudah sahaja. Penduduk dalam kawasan DUN Lingga sudah biasa dengan kepimpinan Simoi selama lima tahun menjadi wakil rakyat mereka bermula tahun 2006 lepas,” menurut beliau.

Tamat.

4 comments:

  1. sebagai wakil pengundi N23 Lingga yang berada di Kuching. Kami ingin mendapat kepastian ada atau tidak peruntukan untuk para pengundi balik ke kawasan mengundi kami di N23 Lingga. Berikan jumlahnya dan di mana sekiranya ada? Ini memandangkan terdapat ramai pengundi BN berada di Luar kawasan mengundi. Sesungguhnya satu undi boleh menentukan menang atau kalah. so hargai setiap undi. thanks harap dpt respon as fast as possible.

    ReplyDelete
  2. tolong berikan senarai AJK PBB N23 Lingga. Harap dapat dipastikan jawatan-jawatan utama hendaklah dipegang oleh penduduk di kawasan N23.

    Saya mendapat maklumat daripada penduduk N23 Lingga terutamanya Lingga agar Encik Nasir Johan ditukarkan. Pastikan maklumat dan rekod yang berkaitan kewangan jelas dan sah dr semua aspek. jangan nanti pisang berbuah dua kali.

    ReplyDelete
  3. betul...!kalau boleh carilah calon yang betul-betul pandai menjalankan tugas dengan baik,dan bukan calon yang pentingkan duit kerjaan mata-mata untuk menipu rakyat yang tidak tahu apa-apa di rumah panjang terutamanya di bahagian N 23 LINGGA

    ReplyDelete
  4. TERUTAMA NASIR YANG PENTINGKAN DIRI SENDIRI

    ReplyDelete