Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

22 March, 2011

Jini dan Dio sokong pencalonan semula Harden



Mugshot:

1. DIO...BN kuat di luar bandar

2. JINI...Harden cemerlang


SRI AMAN, Selasa (22 Mac) – Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang, Datuk Francis Harden anak Hollis nyata amat popular dikalangan rakyat luar bandar dalam kawasan DUN terbabit.

Ia terbukti apabila seorang wakil Tuai Rumah dari Spatak, Undop, Jalai Paip dan seorang Tuai Rumah dari Empango menyuarakan sokongan terhadap percalonan semula Harden bagi mempertahankan kerusi DUN N.27 Simanggang pada pilihan raya negeri ini nanti.

“Beliau (Harden) telah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dengan amat cemerlang dan ia terbukti apabila rumah panjang kami sudah mula menikmati bekalan elektrik 24 jam dan jalan raya pada masa sekarang.

“Justeru saya selaku mewakili 45 orang penduduk dari Rumah Panjang Spatak, Undop menyokong penuh pencalonan semula beliau pada pilihan raya negeri ini nanti,” menurut Jini anak Intong yang juga merupakan Pengerusi JKKK Spatak berkenaan.

Beliau turut menambah bahawa khidmat Harden masih amat diperlukan oleh penduduk luar bandar terutama sekali dari kawasan Spatak, Undop agar pembangunan dapat diteruskan selepas ini.

Sementara itu Tuai Rumah Dio anak Serit dari Empango, Bayai, berpendapat bahawa pihak pembangkang tidak akan dapat menewaskan BN di kawasan DUN Simanggang pada pilihan raya kelak.

Beliau berpendapat bahawa Harden cukup kebal di kawasan luar bandar dan berharap agar pihak pembangkang sedar bahawa tindakan menentang penyandang kerusi DUN Simanggang itu hanya merupakan tindakan sia-sia pada pilihan raya negeri nanti.

“Kehidupan penduduk di Rumah Panjang Empango misalnya boleh dikatakan sudah lengkap apabila sudah menerima kemasukan bekalan air bersih, bekalan elektrik 24 jam dan juga jalan raya.

“Justeru ia menjadi sebab kukuh bagi kami 60 orang penduduk di sini untuk terus menyokong beliau. Harden perlu terus mempertahankan kerusi DUN Simanggang demi hala tuju pembangunan kawasan bandar dan luar bandar Sri Aman selepas ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment