Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 March, 2011

Jangan mudah buruk sangka terhadap kerajaan kata Harden


Caption: DEMI KEBERSIHAN...Harden (lima kiri), Masir (enam kanan), Piau (tengah) bersama ahli majlis MDSA dan ketua kaum bergambar kenangan di hadapan alatan gotong-royong sebelum bermula majlis terbabit.


SRI AMAN, Jumaat (4 Mac) – Penduduk kawasan luar bandar dinasihat agar tidak mudah buruk sangka terhadap kelewatan janji pembangunan yang diumumkan oleh kerajaan kepada mereka selepas ini.

Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis berkata faktor kelulusan peruntukan oleh kerajaan bagi tujuan pembangunan merupakan faktor kepada kelewatan perlaksanaan projek pembangunan yang dijanjikan kepada mereka sebelum itu.

“Janji tetap ditunaikan oleh kerajaan walaupun lambat. Namun ia lebih baik berbanding dengan janji oleh pihak pembangkang yang langsung tidak pernah ditunaikan terhadap penduduk,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Kempen Kebersihan / Gotong-Royong Dan Anti Denggi bertempat di Rumah Bala anak Buntuk, Sungai Tanduk, Batu Lintang Sri Aman petang kelmarin.

Harden juga menasihatkan penduduk agar tidak mudah merajuk terhadap kerajaan berhubung beberapa isu sebelum bertindak menyokong pihak pembangkang pada pilihan raya akan datang.

“Mereka tidak seharusnya terus menjadi pembangkang kerana merajuk. Penduduk sebaliknya perlu bersabar dan menemui kita sekiranya mahu memahami selok-belok isu yang berlaku dalam kawasan masing-masing selepas ini.

“Justeru saya berharap agar penduduk luar bandar mengutamakan hala tuju pembangunan kawasan penempatan mereka sebelum bertindak mahu menyokong pembangkang pada pilihan raya nanti,” katanya.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Pegawai JASA Parlimen P.202 Sri Aman, Whelton Lumpoi, wakil Residen Sri Aman, SAO Rickson Jauu, para ahli majlis MDSA dan ketua kaum di sini.

Harden mengumumkan peruntukan bernilai RM3,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Bala manakala Masir pula mengumumkan peruntukan bernilai RM2,000 untuk biro wanita rumah panjang berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment