Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

29 March, 2011

Jalan Hospital Sri Aman sedang dinaiktaraf


Caption: KURANG SELESA TAPI KINI SUDAH DI TAR...Debu kelihatan berterbangan dengan jelas atas laluan Jalan Hospital yang kini sedang mengalami proses naiktaraf.


SRI AMAN, Selasa (29 Mac) – Penduduk memohon kerjasama pihak kontraktor berwajib untuk menyiram air di kawasan Jalan Hospital dekat pusat Bandar Sri Aman yang kini sedang mengalami proses naiktaraf oleh pihak berkenaan semenjak minggu lepas.

Seorang penduduk, Nasir Wan, 20, berkata kerja naiktaraf laluan Jalan Hospital terbabit telah menyebabkan debu tersebar hingga 20 meter ke lain-lain kawasan di situ mengikut arah angin pada waktu tertentu.

Akibatnya debu terbabit katanya telah menyebabkan banyak kenderaan kotor termasuk kereta dan motorsikal yang sering parkir berdekatan dengan bangunan di laluan Jalan Hospital.

“Motorsikal saya akan kotor kembali sebaik sahaja di basuh. Ini disebabkan oleh debu yang berterbangan daripada permukaan jalan raya yang sedang dinaiktaraf itu lebih-lebih ketika cuaca kering.

“Jika permukaan jalan raya yang sedang dinaiktaraf ini disiram maka saya yakin tidak banyak debu akan terbang ke udara ketika kenderaan berulang-alik di sepanjang laluan Jalan Hospital itu,” katanya.

Seorang lagi penduduk iaitu Crispy Mugan pula berkata beliau berasa tidak selesa duduk di mana-mana restoran berdekatan laluan Jalan Hospital disebabkan oleh faktor debu di situ.

Beliau yang menyokong sepenuhnya kerja menaiktaraf laluan Jalan Hospital ini meminta pihak kontraktor agar mempersiapkan projek terbabit secepat mungkin demi mengurangkan masalah debu selepas ini.

“Kerja naiktaraf jalan itu memang baik untuk semua penduduk Sri Aman. Namun adalah amat molek sekali sekiranya pihak kontraktor menyelesaikan dengan segera projek itu selepas ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment