Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 March, 2011

Gunakan saluran betul jika mahu ajukan masalah kata Jabu



Caption:

1.MANFAATKAN...Jabu sedang menyampaikan cek pampasan kepada seorang pemiliki tanah ketika berlangsungnya majlis itu.

2.UNTUK ALBUM...Jabu (tengah) sambil diapit oleh Romie (kiri), Peggy (kanan) dan Friday (kiri sekali) sebaik sahaja selesai majlis itu.

BETONG, Isnin (14 Mac) – Rakyat tidak harus meluahkan masalah mereka terhadap pihak pembangkang jika tidak berpuashati terhadap kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) selepas ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang berkata ini kerana pihak pembangkang tidak akan dapat menyelesaikan segala masalah yang rakyat luahkan kepada mereka dari masa ke semasa.

“Rakyat seharusnya memilih saluran betul jika mahu mengajukan masalah kepada kerajaan menerusi jabatan-jabatan yang berkaitan dan bukannya terhadap pihak pembangkang.

“Segala masalah boleh rakyat ajukan kepada jabatan tertentu untuk tujuan tindakan lanjut. Jika mereka fikir pihak pembangkang boleh membantu menyelesaikan masalah maka mereka tersilap,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Cek Pampasan Kepada Penerima Untuk Projek Naiktaraf Jalan Betong / Kampung Balingan / Tanjung Asap di Rumah Rehat Kerajaan Betong hari ini.

Selain itu Jabu juga mahu rakyat untuk sama-sama membantu kerajaan untuk menjayakan perlaksanaan segala projek pembangunan di kawasan Betong mulai sekarang.

“Caranya ialah dengan bekerjasama dengan kerajaan untuk memudahkan perlaksanaan projek itu. Jika mudah terpedaya dengan hasutan kerajaan sehingga projek pembangunan itu tergendala,” katanya.

Hadir sama ialah Residen Bahagian Betong, Datu Romie Sigan Daniel, Pegawai Daerah Betong, Friday Belik dan Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Betong, Peggy Ronin.

Sejumlah 22 orang pemilik tanah bagi Projek Naiktaraf Jalan Betong / Kampung Balingan / Tanjung Asap menerima pampasan yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM244,143.56 pada majlis itu.

Kesemua 22 orang pemilik tanah bagi Projek Naiktaraf Jalan Betong / Kampung Balingan / Tanjung Asap itu juga turut menerima sejumlah 24 buah surat hakmilik tanah menerusi majlis berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment