Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

02 March, 2011

Geng mabok bantu selamatkan rumah orang dari anggus

SRI AMAN, Selasa (1 Mac) – Aktiviti mengamalkan minuman keras kebiasaannya dipandang negatif oleh semua pihak yang berpendapat bahawa kegiatan terbabit hanya sekadar membuang masa dan mengancam kesihatan pengamalnya.

Bagaimanapun ironinya ialah rumah milik sebuah keluarga di kawasan Taman Gamang, Sri Aman berjaya diselamatkan oleh sekumpulan lelaki yang sedang meminum arak daripada anggus dijilat api sekitar jam 3. 20 petang kelmarin.

Kisah kejadian berkenaan dipercayai bermula apabila pihak tuan rumah sedang memanggang daging atas bara api yang sudah dipanaskan di kawasan belakang dapur rumah mereka.

“Seorang remaja sedang tidur nyenyak di dalam bilik anakala ibubapanya pula tidak berada di rumah ketika api dari bara panggang berkenaan mula merebak ke kawasan dinding dapur.

“Asap api berkenaan menyebabkan remaja tersebut bangun dan cuba bertindak pantas untuk memadamkan api kebakaran tersebut namun gagal,” kata sumber ketika dihubungi hari ini.

Setelah gagal memadamkan api terbabit remaja berkenaan akhirnya meminta bantuan daripada sekumpulan lelaki yang sedang menikmati minuman keras tidak jauh dari situ kediaman beliau.

Faktor mabuk merangsang kesemua lelaki terbabit untuk merobohkan pintu rumah berkenaan dan seterusnya memanjat beberapa kawasan dinding bagi memadam api kebakaran terbabit.

“Api berjaya dipadam hasil tindakan kumpulan tersebut. Polis dan bomba tiba beberapa minit kemudiannya untuk melakukan tindakan lanjut berhubung kejadian berkenaaan,” kata sumber.

Tamat…

No comments:

Post a Comment