Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

27 March, 2011

Galak anak main sukan, Harden


Caption: PENGHARGAAN...Harden (kiri) menerima cenderahati daripada Mering (kanan) sambil disaksikan oleh tetamu undangan khas yang lain pada majlis itu.

-26 Mac

Ibubapa memainkan peranan penting bagi mengalakkan penglibatan anak-anak dalam bidang sukan selepas ini kata Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Jelasnya penglibatan anak-anak dalam bidang sukan dalam kawasan masing-masing akan dapat menyumbang kepada peningkatan tahap disiplin dan prestasi akademik mereka pada masa akan datang.

“Lagipun ibubapa juga harus sedar bahawa sukan adalah merupakan salah satu cara untuk mempertingkatkan lagi tahap kecemerlangan akademik anak-anak disamping menyumbang kepada peningkatan tahap kecergasan tubuh badan dan otak.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Padang dan Balapan Ke-47 Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Bahagian Sri Aman bertempat di Padang Kompleks Sukan Sri Aman lewat petang kelmarin.

Selain itu beliau juga menasihatkan rakyat agar sentiasa aktif menganjurkan pelbagai aktiviti sukan di kawasan masing-masing demi menyumbang kepada kelahiran ramai atlit sukan yang berkebolehan di peringkat kebangsaan mahupun luar negara.

Rakyat katanya perlu memulakan pencarian bakat-bakat baru dalam pelbagai lapangan sukan bermula daripada peringkat akar umbi sebelum mereka dibawa ke peringkat yang lebih tinggi.

Justeru, beliau berharap ibu bapa terus memainkan peranan aktif mereka dalam mengadakan pelbagai kegiatan sukan agar Sarawak sentiasa melahirkan ramai tokoh atlit sukan yang cukup berkebolehan pada masa akan datang.

Timbalan Residen Sri Aman, Desmond Douglas Jerukan dan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SM) Saint Luke Sri Aman, Mering Jok Eng bersama kakitangan Pejabat Pelajaran Daerah Sri Aman juga hadir bagi menyaksikan kejohanan terbabit.

Harden menerusi majlis itu telah mengumumkan peruntukan bernilai RM15,000 kepada Majlis Sukan Sekolah – Sekolah Bahagian Sri Aman.

Tamat.

No comments:

Post a Comment