Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

30 March, 2011

Gabungan Mantap nyatakan sokongan penuh untuk Drahman Haji Amit untuk calon DUN Lingga

SRI AMAN, Rabu (30 Mac) – Gabungan Mantap Ketua-Ketua Masyarakat / Ketua-Ketua Kampung / Tuai Rumah / NGO dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga menyatakan sokongan penuh untuk memilih Drahman Haji Amit sebagai calon baru untuk bertanding mempertahankan kerusi DUN Lingga dengan menggunakan tiket Barisan Nasional (BN) pada pililihan raya negeri Ke-10 pada 16 April ini.

Siaran media yang diterima pada hari ini menyatakan bahawa sokongan terbabit dibuat setelah mengambilkira sokongan di peringkat akar umbi berdasarkan kepada analisis secara bertulis oleh gabungan mantap tersebut semenjak dua minggu lepas.

“Drahman Haji Amit merupakan seorang bekas Pegawai Daerah Sri Aman pada masa dahulu yang mesra rakyat dan atas sebab ini beliau mendapat sokongan penuh daripada ketua kaum, NGO dan rakyat yang sudah sebati dengannya dari kawasan majoriti di Lemanak, Ladong, Gran Stumbin, Seduku, Lingga dan beberapa kawasan lagi di Meludam.

“Pemilihan ini juga berketepatan dengan cogan kata ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Oleh itu mohon pucuk pimpinan untuk menilai pandangan serta rintihan kehendak masyarakat akar umbi yang tidak mahu DUN Lingga kalah sewenang-wenangnya,” menurut kenyataan gabungan itu.

Bagaimanapun rakyat kata gabungan tersebut nyata akur terhadap keputusan yang diambil oleh Penyandang Kerusi DUN Lingga, Hajah Simoi Haji Peri yang mengumumkan keputusannya untuk mengundur diri bagi memberi laluan kepada muka baru pada pilihan raya negeri ini.

Gabungan itu berkata Simoi juga menyifatkan mudah-mudahan muka baru yang dicalonkan berkenaan merupakan orang yang pernah berkhidmat dengan masyarakat dan sudah dikenali oleh rakyat DUN Lingga sebelum ini.

Pihak berkenaan juga meminta pihak pucuk pimpinan untuk mengambilkira fakta populariti yang tidak boleh dinafikan bahawa 65 peratus rakyat di kawasan DUN Lingga mahu Drahman menjadi calon baru untuk pilihan raya negeri ini nanti/

“Justeru harapan gabungan kami ialah mudah-mudahan agar pucuk pimpinan dapat membuat satu keputusan yang bijak demi kemenangan BN pada pilihan raya negeri kali ini,” kata kenyataan gabungan terbabit.

Tamat.

No comments:

Post a Comment