Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

27 March, 2011

Fikir dahulu sebelum buang undi - Sophia


Caption: PENGHARGAAN...Persatuan Masyarakat Iban Bahagian Sri Aman sedang mengenakan ‘Tangok’ terhadap Sopia ketika berlangsungnya program berkenaan.


SRI AMAN, Ahad (27 Mac) – Jangan lepaskan kemarahan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri DUN Sarawak Ke-10 pada 16 April ini kata Ahli Dewan Negara, Senator Doris Sopia Brodie.

Katanya ada rakyat yang bertindak mengundi pihak pembangkang pada Pilihan Raya Negeri DUN Sarawak Ke-10 gara-gara tidak berpuashati terhadap perlaksanaan projek pembangunan oleh kerajaan BN.

“Rakyat akhirnya menanggung akibat bertindak demikian. Mereka akan rugi dari faedah pembangunan jika pihak pembangkang di kawasan mereka untuk penggal pentabdiran yang seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Gawai Burung anjuran Persatuan Ketua Masyarakat Iban Bahagian Sri Aman di Rumah Ringgit Bayang, Ibol, Undop, Sri Aman kelmarin.

Rakyat terutama sekali dalam kawasan luar bandar kata Sopia harus sedar bahawa pembangunan akan tetap dilaksana dalam kawasan mereka hasil usaha BN walaupun ia memakan masa tertentu.

Justeru rakyat katanya perlu terus memberi kepercayaan kepada kerajaan BN seratus peratus dengan memberi sokongan kepada mereka pada Pilihan Raya Negeri DUN Sarawak Ke-10 pada 16 April kelak.

“Jangan gadaikan masa depan pembangunan di kawasan kita hanya disebabkan oleh kemarahan masing-masing terhadap kerajaan BN. Gunakan saluran yang betul untuk menyelesaikan masalah yang terdapat di kawasan kita selepas ini,” katanya.

Beliau pada majlis itu telah mengumumkan peruntukan bernilai RM3,000 untuk Persatuan Ketua Masyarakat Iban Bahagian Sri Aman.

Hadir sama ialah Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis dan isteri, Datin Simba Nalang, Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Ahli Dewan Negara, Senator Dorris Sopia Brodi, Residen Sri Aman, Abdul Rahman Sebli Sanusi dan Pengerusi Persatuan Ketua Masyarakat Iban Bahagian Sri Aman, Pemanca Samuel Lawen.

Tamat.

No comments:

Post a Comment