Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 March, 2011

DUN Simanggang tetap kekal milik BN kata Harden


Mugshot: DATUK FRANCIS HARDEN HOLLIS


SRI AMAN, Ahad (20 Mac) - Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang akan kekal menjadi milik Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri kelak kata wakil rakyatnya Datuk Francis Harden anak Hollis.

Katanya penduduk dalam kawasan DUN Simanggang sedar bahawa pihak pembangkang menerusi Pakatan Rakyat (PR) tidak sehaluan dalam perjuangan politik mereka dan ia menjadi satu kelebihan buat pihak BN.

"Majoriti penduduk tahu tentang sengketa dalam PR lebih-lebih lagi antara Parti KeAdilan Rakyat dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) berhubung perebutan kerusi DUN antara mereka pada pilihan raya negeri nanti.

"Kita, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) sedar tentang perkara ini dan akan cuba menggunakan peluang terbabit bagi mempertahankan kerusi DUN Simanggang daripada dirampas oleh pihak pembangkang," katanya.

Beliau yang juga Menteri Muda Kemajuan Tanah berkata ketika ditemui pemberita pada Majlis Makan Malam sempena Gala Festival Night anjuran SUPP cawangan Simanggang bertempat di Dewan Suarah Sri Aman malam tadi.

Selain itu penduduk dalam DUN Simanggang masih memerlukan pembangunan daripada pihak kerajaan memandangkan hanya kerajaan BN sahaja yang berkemampuan untuk menaiktaraf hidup mereka dari masa ke semasa.

"Berdasarkan kepada faktor saya yakin bahawa SUPP akan dapat mempertahankan kerusi DUN Simanggang pada pilihan raya negeri nanti sebab penduduk di sini masih memerlukan sumbangan kerajaan," katanya.

Terdahulu Majlis Makan Malam sempena Gala Festival Night yang telah dirasmikan oleh Setiausaha Agong SUPP iaitu Senator Datuk Sim Khin Hui itu turut dihadiri oleh ADUN Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa.

Tamat.

No comments:

Post a Comment