Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 March, 2011

Disiplin perlu seiring dengan akademik kata Jabu


Caption:

1.SELAMAT DATANG...Kedatangan Jabu bersama Romie, Mernie dan Shamshuddin disambut dengan tarian singa ketika berlangsungnya kejohanan terbabit.

Saleman Senin

BETONG, Khamis (3 Mac) - Disiplin amat penting seiring dengan pencapaian akademik yang cemerlang dikalangan diri pelajar masing-masing mulai sekarang demikian menurut Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang.

Katanya pelajar juga perlu fokus terhadap pembelajaran dengan bantuan para guru di sekolah dengan ibubapa memberi perangsang pendidikan kepada mereka ketika berada di rumah untuk sepanjang masa.

“Lagipun kerajaan sedang berusaha memberi pendidikan yang terbaik untuk rakyat dalam kawasan Betong dan sekitarnya dengan pelan pembinaan Metro Politeknik di sini pada masa akan datang.

“Justeru saya berharap agar ibubapa dan guru mengalakkan para pelajar untuk mengambil peluang bagi memanfaatkan sepenuhnya kemudahan pendidikan terbabit apabila ia sudah dibina kelak,” katanya.

Jabu yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Bahagian Betong di Kompleks Sukan Betong pada 1 Mac lepas.

Selain itu kerajaan kata beliau juga akan terus berusaha membangunkan kawasan Betong dari segala segi bidang sukan antaranya ialah pembinaan sebuah kolam renang baru dalam tempoh dua tahun akan datang.

Beliau juga mengumumkan peruntukan berjumlah RM50,000 untuk membawa kontijen MSS Bahagian Betong ke Kejohanan Balapan dan Padang yang akan diadakan di Miri pada bulan April nanti.

Terdahulu, Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Bahagian Betong yang telah bermula semenjak 28 Februari lepas hingga 05 Mac ini merupakan kali yang Ke-8 telah dijayakan oleh MSS Bahagian Betong menerusi kelolaan SMK Kabong dan Zon Saratok.

Bagi Kategori Sekolah Menengah sejumlah 14 buah sekolah telah mengambil bahagian iaitu SMK Kabong, SMK Datuk Patinggi Kedit Betong, SMK St Augustine Betong, SMK (BM) Saratok, SMK Saratok, SMK Pusa, SMK Saribas, SMK Spaoh, SMK Kalaka, SMK Ulu Layar Betong, SM Vokasional Betong, SMK Agama Sri Aman-Saratok, SMK Beladin dan Maktab Rendah Sains Mara Betong.

Kategori sekolah Rendah pula menyaksikan sejumlah lapan buah zon menyertai kejohanan ini antaranya ialah Zon Betong, Zon Spaoh, Zon Debak, Zon Pusa, Zon Saratok, Zon Roban, Zon Kabong dan Zon Krian.

Penyertaan daripada sekolah-sekolah yang mengambil bahagian kali ini pula ialah seramai 1,494 orang peserta yang terdiri daripada 1044 orang peserta kategori sekolah menengah dan 450 orang peserta kategori sekolah rendah.

Hadir sama ialah Residen bahagian Betong, Datu Romie Sigan Daniel, Pegawai Pelajaran Daerah Betong, Samsudin bin Drahman, Pegawai Pelajaran Daerah Saratok, Daud bin Mohamad, Pengetua SMK Kabong, Merni bin Bujang, para pegawai kerajaan dan ketua kaum di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment