Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 March, 2011

Daud sum,bang van jenazah dan derma kepada Masjid Jamek Betong



Caption : GUNAKANLAH...Daud (kanan) ketika menyampaikan replika kunci van kepada pihak Masjid Jamek Betong di sini kelmarin.

Saleman The Senin

BETONG, Rabu (16 Mac) - Masjid Jamek Betong telah menerima sumbangan berupa sebuah kenderaan Van Jenazah daripada Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak di sini kelmarin.

Van jenazah berkenaan telah disampaikan oleh Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Haji Daud Abdul Rahman menerusi majlis yang berlangsung di Masjid Jamek Betong.

Selain itu beliau juga turut menyumbangkan seunit Singki Mandi Jenazah, 30 helai sejadah, 30 naskhah buku Surah Yasin dan 30 buah naskhah Al-Quran dengan nilai keseluruhan melebihi nilai RM30,000.

Daud ketika berucap pada majlis berkenaan memberitahu sumbangan tersebut disampaikan oleh kerajaan untuk kegunaan pihak masjid ketika mengendalikan urusan kematian.

“Kerajaan juga berharap agar sumbangan ini dikendalikan dengan sempurna mulai sekarang. Kita mahu semua pihak dapat sama-sama menggunakan kemudahan tersebut dari masa ke semasa,” katanya.

Sementara itu Pengerusi Pengurusan Masjid Jamek Betong, Kon Sapawi bin Yahu merakamkan penghargaannya terhadap kerajaan berhubung sumbangan itu dan berjanji akan menjadikan ia sebagai aset untuk penduduk kampung dalam urusan yang berkaitan.

Beliau menambah kerajaan Barisan Nasional (BN) dibawah kepimpinan Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud sentiasa peka terhadap masalah dan kehendak rakyat di negeri ini.

Hadir sama ialah Pengarah Unit Pengurusan Sumber Manusia, Datuk Misnu Taha, Pegawai Tadbir Sarawak, Rohani Sejeli, Ketua Kampung Baru Hulu Betong, Wan Ahmed bin Wan Chee, Ketua ranting PBB Kampung Hilir Betong, Abdul Rahman Ismail, Ketua Kampung Hilir Betong, Segara Dulkari, AJK Pengurusan Masjid Jamek Betong dan penduduk kampung.

Terdahulu sumbangan tersebut disampaikan kepada Masjid Jamek Betong setelah di dipohon ketika kunjungan Ketua Menteri pada sesi lawatan muhibbah ahli jawatankuasa tersebut pada tahun lepas.

Tamat.

No comments:

Post a Comment