Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 March, 2011

BN tetap tunaikan janji rakyat kata Wahbi



Caption: INGIN CUBA...Dr Wahbi sedang menyempurnakan upacara perasmian majlis dengan mengendalikan jengkaut ketika berlangsungnya majlis itu.

Saleman Senin

DEBAK, Ahad (7 Mac) – Kerajaan Negeri pimpinan komponen parti Barisan Nasional (BN) tidak pernah melupakan janji dan keutamaan terhadap rakyat selama ini demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Dr Haji Wahbi Junaidi.

Ini kerana tanpa sokongan padu rakyat, seseorang pemimpin itu tidak akan dapat berdiri dan merealisasikan harapan serta kehendak rakyat katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Tapak Rumah Panjang Snap Sabar Asal, Debak, Betong baru-baru ini.

“Rakyat mengundi parti untuk memastikan mereka menang dan memimpin kerajaan. Justeru kerajaan yang dipilih akan membalas kembali kepercayaan mereka dengan melunaskan segala janji selepas itu,” katanya.

Selain itu Wahbi juga menasihatkan penduduk luar bandar agar sentiasa bersabar untuk menikmati faedah peningkatan taraf hidup menerusi perlaksanaan projek pembangunan oleh kerajaan selepas ini.

Kerajaan katanya akan tetap melaksanakan tanggungjawab bagi mempertingkatkan taraf hidup rakyat dalam bandar dan luar bandar selagi-lagi mereka terus menyokong pihak BN dari masa ke semasa.

“Paling penting ialah rakyat terus memberi kepercayaan kepada BN. Jangan sesekali menyokong pihak pembangkang yang gemar menghasut dan mengelirukan pemikiran rakyat selama ini,” katanya.

Dalam majlis tersebut, beliau tekah mengumumkan peruntukan sebanyak RM5,000 untuk tabung Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) rumah panjang berkenaan.

Hadir sama ialah Pegawai Menguasa Pejabat Daerah Kecil Debak, Dr.James anak Luing, Ketua Ranting Cawangan Rimbas Hilir Debak, Anthony Jiram anak Ot, Penghulu Kampung Debak, Abang Kifrawi, Tuai Rumah Jimbat Dit Debak, dan Tuai Rumah Ngelingkong, Blassau Debak.

Tamat.

No comments:

Post a Comment