Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

24 March, 2011

BN tak gentar - Harden


Mugshot: DATUK FRANCIS HARDEN HOLLIS
 
SRI AMAN, Khamis (24 Mac) –  Barisan Nasional (BN) tidak akan gentar menghadapi lawan pembangkang ketika berlangsung Pilihan Raya DUN Negeri Sarawak Ke-10 pada 16 April ini kata Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis.
 
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang itu berkata penduduk terutama sekali dari kawasan luar bandar masih bergantung terhadap keupayaan BN untuk membangunkan hidup mereka dari masa ke semasa.
 
“Kawasan luar bandar DUN Simanggang misalnya sudah meningkat maju dengan adanya kemasukan projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (RES), bekalan air bersih, jalan raya, jambatan dan banyak lagi.
 
“Rakyat tahu bahawa semua ini adalah hasil usaha BN. Justeru saya yakin bahawa BN tidak akan menghadapi masalah untuk memperoleh sokongn padu rakyat dari kawasan luar bandar pada pilihan raya kelak,” katanya ketika berucap merasmikan Program Jiwa Murni di Rumah Japar, Senjor, Sri Aman baru-baru ini.
 
Selain itu beliau juga mahu rakyat dari kawasan luar bandar untuk menolak segala fitnah yang dilemparkan oleh pihak pembangkang mengenai kerajaan pimpinan BN lebih-lebih lagi ketika menjelang pilihan raya kelak.
 
Tindakan pihak pembangkang menyebar fitnah terbabit kata Harden hanya bermotifkan politik demi meraih sokongan daripada rakyat bagi menentang kerajaan BN pada pilihan raya itu.
 
“Pembangkang tidak akan kekal lama bersama rakyat. Setelah pilihan raya negeri nanti mereka akan ‘lesap’ dan meninggalkan rakyat dengan segala janji-janji manis yang mereka luahkan selama ini,” katanya.
 
Hadir sama ialah Penolong Pengarah Jabatan Pertanian Bahagian Sri Aman, Badin Unol, wakil Pejabat Daerah Sri Aman, Rickson Jauu, , Pegawai KEMAS Sri Aman, Hairani Solo, para ketua jabatan dan ketua kaum di sini.
 
Harden menerusi majlis itu mengumumkan peruntukan bernilai RM10,000 kepada Rumah Japar disamping mengagihkan sumbangan kepada penduduk dari rumah panjang berkenaan.

Tamat.

2 comments:

  1. saya sebagai panduduk kampung mawang berasa terpingir dari segi pembanggunan sejak 30tahun ,,sarawak merdeka,,sungguh sedih melihat kampung di bahagian jalan simunjan,pembanggunan cuma di area sadong jaya dan semerahan sahaja ada di majukan kita di sebalah d sini di anak tirikan ,,oleh segelintir yb ,,yang bila di adukan cuma buat pekak dan pejamkan mata sahaja,.adakah ini yang kami mahukan dari sebuah party yang telah di pilih untuk rakyat,.kemudahan asas api dan air ,masih belum ade ,itukah yang di katakan maju untuk wawasan 2020..makin mundur adalah,.negeri lain ade wifi,,kita apa pun tak ade,,adakah ini cuma janji tinggal janji,.sejak berzaman nenek dan atuk saya lagi,,indah khabar dari rupa,,rungguttan penduduk kampung sungai pinang/sebangkoi mawang/kampung mawang ai/kampung gawang/ empili/dan kampung kasindu./

    ReplyDelete
  2. kepada yang tuan yang berkenaan ,,sila pantau pembanggunan di sekitar kampung mawang ai,,masih belum ade lagi kemudahan asas ,seperti api latrik dan air ,,harus depercepatkan kerana sudah lama menunggu,kemudahan asas yang belum ade lagi tiang latrik seberang jalan sudah ade ,penduduk sudah lama menunggu,,kemudahan latrik tapi sampai sekarang belum ade lagi,.di mana kontraktor yang di amanahkan untuk menyambung latrik pasang ke setiap rumah penduduk,janji tinggal janji janji mulut dari tahun 2000 lagi tapi sekarang sudah tahun 2011,harap dipertimbangakn jangan sampai rakyat marah,sebab terlalu lama berjanji,.tq sila ambil tahu,..

    ReplyDelete