Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 March, 2011

BN pilihan terbaik rakyat kata Harden


Caption: DARI KERAJAAN...Harden menyerahkan anak ayam sumbangan Jabatan Pertanian Sarawak kepada Tr Mingging ketika berlangsungnya majlis itu.

SRI AMAN, Isnin (21 Mac) – Kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah pilihan terbaik rakyat jika mahu menyaksikan taraf hidup mereka meningkat dari masa ke semasa kata Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Ini kerana kerajaan BN jelas beliau mempunyai rekod cemerlang dalam mempertingkat hidup rakyat di kawasan dalam dan luar bandar negeri ini semenjak terbentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 lepas.

“Lagipun untuk pengetahuan rakyat, Sarawak sebelum ini sudah pun diangkat sebagai negeri ketiga terbaik dalam Malaysia dari segi pencapaian pembangunan semenjak diperintah oleh kerajaan BN Negeri.

“Ini sekaligus menjadi bukti bahawa BN berpengalaman menaiktaraf hidup rakyat dan ia tidak termasuk impak yang bakal mereka terima menerusi perlaksanaan Projek Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) pada masa sekarang,” katanya.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perasmian Anak Ayam di Rumah Mingging, Munggu Ruan, Batu Lintang, Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu beliau juga berharap agar rakyat dari kawasan luar bandar untuk terus menyokong kerajaan BN pimpinan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada pilihan raya negeri nanti.

Kerajaan BN kata Harden mempunyai sumber bagi menaiktaraf hidup mereka berbanding dengan pihak pembangkang yang hanya tahu meluahkan janji kosong lebih-lebih ketika menjelang pilihan raya.

“Rakyat sudah masak dengan senario politik seumpama ini. Justeru saya berharap agar rakyat mampu membezakan kebaikan antara kerajaan BN dan pihak pembangkang selepas ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment