Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 March, 2011

BN amal politik berkhidmat untuk rakyat kata Rayong


Caption: UNTUK ALBUM...Rayong (duduk hadapan tengah) sambil diapit oleh Majuan (kiri), Ellfizan (kanan), tetamu khas dan penerima cek serta surat hak milik tanah bergambar kenangan sebaik sahaja selesai majlis tersebut.

ENGKILILI, Rabu (9 Mac) – Pemimpin Barisan Nasional (BN) menggunakan pendekatan ‘politik perkhidmatan’ untuk memajukan hidup rakyat di kawasan masing-masing selama ini demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Penyampaian Cek Pampasan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) serta Surat Hak Milik Tanah di Dewan Masyarakat Engkilili di Pekan Engkilili hari ini.

Katanya pendekatan ini amat berbeza berbanding pihak pembangkang yang mengamalkan pendekatan politik ‘jangkaan, sangkaan dan menghasut’ untuk meraih sokongan rakyat terhadap mereka dari masa ke semasa.

“Kedua-dua pendekatan ini membezakan BN dan pembangkang. Pendekatan politik kita lebih mengutamakan usaha untuk memajukan hidup rakyat dalam kawasan bandar dan luar bandar.

“Pendekatan politik pihak pembangkang pula berlainan iaitu menyampaikan sesuatu yang belum pasti dapat ditunaikan kepada rakyat disamping menyebar dakyah negatif mengenai pihak lawan mereka (BN) demi kepentingan parti mereka sendiri,” katanya.

Justeru pendekatan politik perkhidmatan kata beliau adalah yang terbaik digunakan oleh beliau bagi memajukan taraf hidup rakyat dari segala aspek dalam kawasan DUN Engkilili selepas ini.

“Saya berharap agar rakyat tidak mudah terperangkap dengan pendekatan politik yang digunakan oleh pihak pembangkang kerana ia tidak akan memberi sebarang faedah kepada mereka pada akan datang,” katanya.

Beliau pada majlis itu juga turut mengumumkan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Engkilili pada 19 Mac ini.

Hadir sama ialah Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sri Aman, Majuan Jeraie, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) bagi Parlimen P.203 Lubok Antu, Jeoffry Baja anak Ricky Maba, Pegawao Tadbir Sarawak kawasan Engkilili, Brayan Lenya dan wakil Residen Sri Aman, Mohd Ellfizan Pauzan.

Sejumlah 245 pemilik Tanah NCR menerima cek pampasan bagi projek naiktaraf Jalan Nanga Bunu, Jalan Lidong / Lipat dan Jalan Sri Aman / Empelam yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM685,516.52.

Manakala itu 12 orang penduduk pula menerima surat hak milik tanah pada majlis berkenaan. Majlis penyampaian cek pampasan dan surat hak milik tanah kepada penerima ini telah disempurnakan oleh Rayong.

Tamat.

No comments:

Post a Comment