Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 March, 2011

Betong sedia hadapi MSS Negeri Sarawak




Caption:

1. KAMI JUARA!!! Kontinjen SMK Saratok bergambar kenangan setelah muncul juara bagi Kategori Sekolah Menengah sempena kejohanan itu baru-baru ini.

2. TAHNIAH...Daud (kanan) menyampaikan piala pusingan kepada pengurus kontinjen SMK Saratok pada kejohanan itu.

Saleman Senin

- 10 Mac

Bahagian Betong akan menghantar pasukan mantap dan berkualiti bagi menyertai Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat Negeri Sarawak 2011 yang akan berlangsung di Miri pada bulan April kelak.

Pegawai Pelajaran Daerah Betong, Samsudin Drahman berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah (MSS) Bahagian Betong di Kompleks Sukan Betong baru-baru ini.

Jelasnya, kualiti persembahan para atlit pada kejohanan tersebut masih lagi dijadikan sebagai ukuran oleh pihaknya dalam usaha mempertahankan pingat yang pernah dimenangi oleh pihak mereka dalam kejohanan balapan yang lepas.

“Matlamat utama kita ialah untuk menggilap emas atau sekurang-kurangnya mendapat pingat untuk Sarawak dalam kejohanan MSS peringkat Kebangsaan 2011 nanti dengan adanya usaha menjadikan Betong sebagai salah satu kuasa sukan dalam negeri ini,”katanya.

Terdahulu, kejohanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Betong itu menyaksikan penguasaan kontinjen SMK Saratok selaku juara bagi kategori Sekolah Menengah Kejohanan Balapan dan Padang MSS Bahagian Betong.

Kecemerlangan SMK Saratok ini telah diikuti oleh kontinjen SMK Saint Augustine Betong dan SMK Datuk Patinggi Kedit Betong yang memperoleh kedudukan naib juara dan tempat ketiga bagi kategori yang sama.

Manakala itu kontinjen Zon Betong telah berjaya mempertahankan gelaran juara bagi kali ketujuh untuk kategori Sekolah Rendah Kejohanan Balapan dan Padang MSS Bahagian Betong.

Zon Betong muncul juara bertahan setelah berjaya menewaskan saingan Zon Debak yang terpaksa akur dengan kedudukan naib juara sambil diikuti oleh Zon Saratok yang berada di kedudukan tempat ketiga secara ‘agregat’ untuk kategori Sekolah Rendah.

Terdahulu Joshua Dicky atlit dari SMK Saint Augustine telah dinobatkan sebagai Olahragawan Terbaik bagi kategori Sekolah Menengah setelah memenangi pingat emas dan memecah rekod kejohanan dalam acara 100M (meter), 110M Lari Berpagar dan Lompat Jauh disamping membantu pasukan memenangi pingat emas dalam 4 X100M dan tempat ketiga bagi 4 X 400M.

Catherine Rabai anak Nyipa dari SMK Saratok pula dinobatkan sebagai Olahragawati Terbaik setelah memenangi pingat emas dan mencipta rekod baru kejohanan dalam acara 100M dan 200M disamping membantu pasukan 4 X 100M, 4 X 200M serta gangsa acara dalam 400M.

Kategori Sekolah Rendah pula menyaksikan Mohamad Zaki bin Amit dari Zon Saratok dianugerah sebagai Olahragawan Terbaik setelah memenangi emas dalam acara 100M, 200M dan seterusnya membantu pasukan memenangi pingat emas dalam acara 4 x 100M.

Manakala itu Easter Valerie dari Zon Betong pula telah dinobatkan sebagai Olahragawati Terbaik setelah menggondol pingat emas dalam acara 60M, 100M dan 4 X 100M dalam Kejohanan Balapan dan Padang MSS Bahagian Betong

Majlis berakhir dengan pengumuman nama atlit yang terpilih untuk menggalas cabaran ke kejohanan di Miri sambil disaksikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Saratok, Daud bin Mohamad, Pengetua SMK Kabong, Merni bin Bujang, para pengetua dan guru besar guru di bahagian Betong.

Tamat.

No comments:

Post a Comment