Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 March, 2011

Belia tidak harus dibiar jadi senjata politik pembangkang, Simoi


Caption: PENGHARGAAN...Israk (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Simoi (kiri) sambil disaksikan oleh (dari kiri sekali) Speri, Rahman dan Fatimah pada majlis itu.

SRI AMAN, Ahad (13 Mac) – Golongan belia tidak harus membiarkan diri mereka digunakan sebagai senjata politik oleh pihak pembangkang bersempena dengan pilihan raya negeri kelak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi binti Haji Peri berkata golongan belia seharusnya bekerjasama dengan kerajaan untuk sama-sama menjayakan matlamat pembangunan negara daripada bersekongkol dengan pihak terbabit.

“Malaysia mempunyai seramai 11.4 juta belia (penduduk berumur 40 tahun) pada masa sekarang dan jumlah ini amat besar untuk menjayakan segala projek pembangunan yang dirancang oleh kerajaan.

“Sebab itulah kerjasama daripada mereka amat diperlukan oleh kerajaan bagi menjayakan usaha ini kerana kerajaan tidak mahu melihat kelancaran projek pembangunan negara terganggu disebabkan oleh pembabitan belia dalam politik pembangkang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Mesra 1 Belia 1 Sarawak 1 Malaysia peringkat DUN Lingga bertempat di Padang Lama, Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sri Aman malam tadi.

Selain itu kerajaan Barisan Nasional (BN) kata Simoi juga sentiasa berusaha mengubah minda para belia untuk menjadi seorang individu yang berani, berkeyakinan dan mampu menaiktaraf kemajuan keluarga masing-masing dari masa ke semasa.

“Justeru saya berharap agar para belia memanfaatkan segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk mereka mulai sekarang. Belia harus sedar bahawa ‘jatuh dan bangun’ sesebuah negara bergantung kepada mereka selepas ini,” katanya.

Hadir sama ialah Residen Sri Aman, Abdul Rahman Sebli Sanusi, isteri kepada Menteri Muda Perumahan dan Pembangunan Bandar, Hajah Fatimah Zainuddin, wakil Pengarah Belia dan Sukan Sarawak, Mohd Israk Haji Ismail dan Pegawai Khas Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Batang Luar, Mohd Speri Haji Abdul Karim.

Simoi pada majlis berkenaan turut menyampaikan hadiah cabutan tiket bertuah kepada pemenang sebelum menyaksikan persembahan kebudayaan dan nyanyian lagu daripada artis popular tanahair.

Tamat.

1 comment:

  1. sekiranya kita tidak mahu belia menjadi senjata politik pembangkang maka dekatilah belia fahami kehendak golongan ini...dekatilah mereka jangan hanya masa nak pilihanraya sahaja YB

    ReplyDelete