Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 March, 2011

Belia aset pembangunan negara - Rayong


Caption: UNTUK ALBUM...Rayong (belakang dua kanan) dan Nyalau (kiri) bergambar kenangan bersama peserta karaoke sebaik sahaja selesai pertandingan malam tadi.

ENGKILILI, Ahad ( 13 Mac) – Belia adalah aset utama kerajaan bagi menjayakan matlamat pembangunan negara menjelang tahun 2020 nanti kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa.

Justeru golongan belia katanya dinasihat agar tidak mensia-siakan masa depan hidup mereka dengan menjebakkan diri dalam pelbagai aktiviti sosial tidak sihat dan jenayah mulai sekarang.

“Belia adalah tunjang pembangunan negara kerana kerajaan amat memerlukan golongan belia bagi menjayakan pelbagai projek pembangunan negara dalam pelbagai sektor dari masa ke semasa.

“Bagaimanapun impian pembangunan negara boleh terbantut jika golongan belia terjebak dalam kancah masalah sosial selepas ini,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Mesra 1 Belia 1 Sarawak peringkat DUN Engkilili di Sekolah Kebangsaan Kem Skrang, Engkilili malam tadi.

Selain itu Rayong juga menasihatkan penduduk di Engkilili untuk terus bersama kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi membangunkan kawasan penempatan masing-masing selepas ini.

Kerjasama daripada penduduk katanya amat diperlukan bagi membolehkan BN melaksana pelbagai projek pembangunan yang boleh mengubah taraf hidup mereka pada masa akan datang.

“Pentingnya di sini ialah golongan belia haruslah bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk menyebar dasar pembangunan BN kepada penduduk dari kawasan luar bandar,” katanya.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak, para pegawai kerajaan dan ketua kaum di sini.

Dianggarkan sekitar 5,000 orang penduduk hadir bagi menyaksikan konsert yang dijayakan oleh Man Kidal, Rahmat Mega, Stanley AF 5, Zurina AF 2 serta artis tempatan lain malam tadi.

Karnival Mesra 1 Belia 1 Sarawak peringkat DUN Engkilili di Sekolah Kebangsaan Kem Skrang itu turut dimeriahkan dengan Pertandingan Poco-Poco, Pertandingan Karaoke dan Sukaneka.

Tamat….

No comments:

Post a Comment