Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 March, 2011

AY17 vs Finexsys di Kompleks Sukan Sri Aman 12 Mac ini


Caption: GIGIH...Pemain skuad AY17 ketika sedang menjalani latihan di Kompleks Sukan Sri Aman sebagai persediaan untuk menghadapi skuad Finexsys pada 12 Mac kelak.

- 9 Mac

Kemahiran pemain skuad AY17 bakal diuji apabila bakal turun menentang skuad elit dari Kuching iaitu Finexsys menerusi perlawanan bola sepak persahabatan antara kedua-dua skuad itu di Kompleks Sukan Sri Aman pada 12 Mac ini bermula jam 3 petang.

Pengurus skuad AY17, Awang Samsuddin Sulaiman ketika ditemui memberitahu perlawanan persahabatan ini akan membolehkan pihaknya mengukur tahap kesediaan pemain bagi menghadapi kejohanan bola sepak akan datang.

“Setiap pemain AY17 akan berpeluang untuk menimba pengalaman dan teknik permainan terkini ketika berlangsungnya perlawanan persahabatan menentang skuad Finexsys pada hari Sabtu ini.

“Perlawanan persahabatan ini dianggap penting sebagai langkah persediaan skuad AY17 untuk menghadapi saingan skuad tempatan pada Kejohanan Liga Bola Sepak Sri Aman 2011 yang dijangka bermula pada pertengahan bulan ini,” katanya.

Untuk menghadapi skuad Finexsys, pihaknya kata Samsuddin bakal menurunkan beberapa pemain berpengalaman antaranya ialah Abang Yahya Abang Sulaiman, Awang Sebini Awang Sani, Iswandi Mohd, James dan Mohd Furhan Mokthar pada perlawanan persahabatan itu nanti.

Bagaimanapun skuad AY17 kata beliau sebenarnya sudah menjalani latihan intensif semenjak sebulan yang lepas bagi menghadapi saingan Liga Bola Sepak Sri Aman 2011 termasuk perlawanan persahabatan dengan skuad Finexsys.

“Skuad Finexsys dijangka menurunkan beberapa orang pemain handalan pada perlawanan persahabatan itu nanti antaranya ialah Ramles Sari, Ramos Sari, Zulkarnain Possa, Bobby Pian, Sanjos Sendawat, Fred Meramat, Jeffery Akub dan Hussein Razak.

“Justeru peminat bola sepak Sri Aman dinasihat agar tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan persahabatan ini menerusi lokasi dan tarikh yang dinyatakan dalam berita ini,” katanya.

Samsuddin juga berharap agar pemain skuad AY17 mengekalkan tahap kecergasan masing-masing disamping tidak mensia-siakan segala latihan kemahiran yang mereka peroleh menerusi latihan yang berlangsung semenjak sebulan lepas.

Beliau turut menambah bahawa skuad veteran AY17 telah pun berjaya melangkah ke perlawanan akhir Liga Bola Sepak Veteran Sri Aman 2011 untuk menentang skuad Cahya Mata Malaysia, berkemungkinan pada pertengahan bulan ini.

“Kejayaan skuad veteran AY17 harus dijadikan sebagai pembakar semangat untuk skuad muda kita bagi menghadapi saingan Liga Bola Sepak Sri Aman 2011 juga dijangka berlangsung pada pertengahan bulan ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment