Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 March, 2011

AY17 dibelasah skuad Finexsys pada perlawanan persahabatan




Caption:

1. UNTUK ALBUM...Skuad AY17 (baju jingga) bergambar kenangan dengan skuad Finexsys sebelum berlangsungnya perlawanan persahabatan berkenaan.

2. TUNJUK SKILL...Seorang pemain AY17 sedang mengawal bola sambil diawasi oleh pemain Finexsys ketika berlangsungnya perlawanan itu.

- 14 Mac

Skuad AY17 telah ditewaskan @ dibelasah oleh skuad Finexsys dari Kuching dengan jaringan gol 7 - 1 menerusi perlawanan persahabatan bola sepak yang berlangsung di Padang Kompleks Sukan Sri Aman pada petang hari Sabtu lepas.

Gol-gol skuad Finexsys pada perlawanan itu telah diperoleh menerusi hasil jaringan Mohamad Nazib bin Yassin, Wan Ismawi, Danny Cliffson @ Bai, Shahnazrie bin Affendi, Rafiezan bin Razali dan Lohot.

Manakala itu gol saguhati oleh skuad AY17 pula diperoleh menerusi tendangan penalti oleh pemainnya iaitu Iswandi Mohammad Ojeh pada awal separuh masa kedua perlawanan tersebut.

Pengurus skuad AY17 iaitu Awang Samsuddin Sulaiman ketika ditemui Utrusan sarawak telah melahirkan rasa puashati terhadap perlawanan yang berlangsung di antara kedua-dua skuad berkenaan.

“Menang kalah bukan ukuran utama dalam pertandingan ini. Pentingnya ialah semua pemain skuad AY17 menimba pengalaman yang berguna ketika menentang skuad elit dari Kuching berkenaan.

“Justeru saya berharap agar skuad AY17 memanfaatkan pengalaman terbabit sebaik yang mungkin ketika berlangsungnya Kejohanan Bola Sepak Liga Sri Aman 2011 yang dijangka berlangsung pada pertengahan bulan ini,” katanya.

Skuad AY17 juga kata Samsuddin masih meneruskan latihan mereka seperti sedia kala di Padang Kompleks Sukan Sri Aman demi menghadapi saingan skuad lawan pada kejohanan itu kelak.

Pihaknya akan memberi fokus terhadap latihan peningkatan stamina disamping mewujudkan semangat kerjasama secara berpasukan dikalangan para pemain skuad AY17.

“Pihak kita juga akan terus mengadakan perlawanan persahabatan dengan beberapa buah skuad bola sepak dari luar kawasan Sri Aman bagi sepanjang bulan Mac ini demi memantapkan skuad AY17,” tambah beliau.

Terdahulu skuad AY17 telah menurunkan beberapa pemain berpengalaman antaranya ialah Abang Yahya Abang Sulaiman, Iswandi Mohammad Ojeh, Awang Sebini Awang Sani, Iswandi Mohd, James, Mohd Furhan Mokthar dan Mohd Dailep Pani pada perlawanan persahabatan itu.

Manakala itu pula Skuad Finexsys telah menurunkan beberapa orang pemain handalan antaranya ialah Mohamad Nazib Yassin, Wan Ismawi, Danny Cliffson, Shahnazrie bin Affendi, Rafiezan bin Razali, Morris Nyalau, Lohot, Ramos Sari, Bobby Pian, Fred Meramat, Jeffery Akub dan Hussein Razak.

Tamat.

No comments:

Post a Comment