Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 March, 2011

Angkat nama TEKUN kerana jasa


Caption: SANTAI...Pelanggan kelihatan sedang menikmati minuman di Gerai BERKAT TEKUN CAFE milik, Nurul di Simunjan kelmarin.


SIMUNJAN, Rabu (16 Mac) - Jarang sekali kita mendapati bahawa orang awam sanggup mengenang jasa seorang individu yang telah berbudi kepada mereka dengan mengabdikan nama mereka di sesuatu tempat.

Apatah lagi jika penyumbang jasa terbabit merupakan sebuah institusi atau jabatan kerajaan yang terlibat secara langsung dalam pembiayaan kewangan individu berkenaan selama ini.

Justeru jika disebut TEKUN Nasional mungkin ramai yang akan berasa trauma lebih-lebih lagi bagi mereka yang telah menerima bantuan pinjaman dan gagal serta liat hendak membayar balik pinjaman tersebut.

Namun ia tidak bagi Nurulfarah Izyati Kho Bujang, 25, yang mengabdikan nama TEKUN, iaitu ‘BERKAT TEKUN CAFE’ pada gerai minumannya di Market Baru, Majlis Daerah Simunjan (MDS), Simunjan.

Menurut beliau nama tersebut diabdikan pada kedainya bukan kerana beliau mendapat pembiayaan daripada institusi terbabit tetapi oleh kerana suaminya iaitu Jamahari Jaya yang memegang jawatan sebagai Pengurus Kawasan TEKUN kawasan Simunjan.

“Gerai milik saya iaitu BERKAT TEKUN CAFE’ yang terletak di kedai no.4 Market Baru, MDS, Simunjan telah beroperasi sejak tiga tahun lalu dan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 6 petang.

“Saya mahu tonjolkan kepada semua orang bahawa nama TEKUN diabadikan pada gerai ini untuk menunjukkan bahawa institusi tersebut memainkan peranan bagi membantu golongan usahawan bagi menjayakan perniagaan masing-masing,” katanya.

Sementara itu suami beliau iaitu Jamahari ketika dihubungi memberitahu bahawa ilham nama tersebut datang daripada salah seorang rakan apabila beliau sedang mencari nama yang sesuai untuk didaftarkan pada gerai minuman tersebut.

Tamat.

No comments:

Post a Comment