Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 March, 2011

Ada pameran pendidikan di Dewan Suarah Sri Aman pada 28 Mac ini

SRI AMAN, Rabu (16 Mac) - Persatuan Guru Bimbingan dan kaunseling Zon Sri Aman akan mengadakan satu pameran pendidikan bertajuk “Peluang Pendidikan untuk Semua” pada 28 Mac ini bertempat di Dewan Suarah Sri Aman.

Pameran yang turut mendapat kerjasama Pejabat pelajaran Daerah Sri Aman itu bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang peluang-peluang pendidikan yang terdapat di Malaysia.

Jurucakap penganjur ketika dihubungi berkata peluang pendidikan itu mencakupi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) serta beberapa buah institusi kemahiran yang makin mendapat sambutan daripada pelajar lepasan sekolah.

“Ini juga merupakan platform satu yang cukup sesuai dengan keperluan pelajar lepasan SPM dan STPM dalam memilih institusi pengajian tinggi sebelum menceburi bidang kerjaya mengikut minat serta pencapaian selepas tamat pengajian.

“Justeru program ini perlu kita adakan pada setiap tahun untuk memberi peluang kepada penduduk mengenai peluang pendidikan yang sedia ada disamping maklumat mengenai jenis-jenis kerjaya yang boleh mereka ceburi,” katanya.

Beliau juga menambah bahawa banyak institusi pengajian tinggi swasta dan awam telah dijemput untuk menjayakan program ini termasuk kedai buku, kedai komputer dan kedai alatan yang berkaitan.

“Sasaran utama program ini ialah untuk pelajar, pelajar lepasan STPM, SPM dan ibu bapa mereka. Mana-mana institusi yang berminat untuk mengambil bahagian dalam program tersebut boleh menghubungi Lucy Chuo Mee Hong di talian 0198187708 / 083322089 atau Siti Khairah di talian 019-4374889 / 083322089,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment