Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

24 March, 2011

4 kawasan sudah disukat - Peggy


Caption: MESRA...Mawan sedang berbual dengan seorang penduduk ketika tiba untuk merasmikan majlis berkenaan.


Oleh Abang Hipeni, JTS Betong


SRI AMAN (24 April) — Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Betong akan meneruskan usaha mengukur Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di kawasan yang telah diluluskan bawah Inisiatif Baru NCR dalam tempoh dua tahun bermula tahun ini.

Penguasa Tanah dan Survei, Betong Peggy Ronin Edin menerusi kenyataan akhbarnya berkata Kerajaan Persekutuan telah memperuntuk sejumlah RM80 juta kepada Kerajaan Negeri Sarawak untuk mengukur semua tanah NCR yang telah diluluskan di bawah Inisiatif Baru NCR.

“Kerja pengukuran tanah NCR ini merupakan satu usaha berterusan daripada pihak kerajaan menerusi JTS demi memberi jaminan pemilikan tanah NCR kepada semua penduduk dalam negeri ini.

“Usaha ini juga bertujuan agar tanah terbabit dapat dibangunkan secara persendirian atau menerusi usahasama agensi-agensi kerajaan seperti RISDA, MPOB dan sebagainya dengan memanfaatkan pemilik tanah terbabit,” katanya menerusi Majlis Dialog bagi Inisiatif Baru NCR di Rumah Moses Bantin, Lubok Kerukoh, Saratok kelmarin.

Sehingga ini kata Peggy tanah NCR dalam kawasan Entebu / Selambong / Bajau di Saratok, Sungai Ensuri di Beladin, Tanjung Sebekut di Spaoh, Kampung Manggut juga di Spaoh dan kawasan Penghulu Godwin Jawie di Debak sedang diukur oleh JTS.

Justeru beliau berharap agar rakyat terus memberi kerjasma dan membantu kerajaan menjayakan kerja menyukat Tanah NCR milik mereka dalam kawasan masing-masing selepas ini.

Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi, Dato Sri William Mawan anak Ikom telah merasmikan majlis berkenaan sambil disaksikan oleh Menteri Muda Permodenan Pertanian, Datuk Peter Nyarok anak Entrie, Residen Bahagian Betong Datu Romie Sigan Daniel dan penduduk di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment