Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

24 March, 2011

21 ketua kaum dan ahli PBB di Saribas persoal kenapa Wahbi tak mahu stand? Razi up.


Caption: SOKONG TAIB... Morni (hujung kiri) ketika merakamkan gambar kenangan bersama para ketua kaum dan ajk selepas perjumpaan ringkas bagi cawangan PBB N.30 Saribas.


SRI AMAN, Selasa (23 Mac) – Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas, Dr Haji Wahbi Junaidi dipohon untuk mempertimbangkan semula hasratnya yang tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 pada 6 April ini.

Permohonan itu telah dinyatakan oleh 21 orang ketua kaum dan ahli cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.30 Saribas setelah keputusan mengenainya dicapai menerusi sesi perjumpaan ahli ajk parti terbabit di sini kelmarin.

Terdahulu Wahbi pada 18 Mac lepas telah menyatakan hasratnya untuk tidak mahu bertanding bagi mempertahankan kerusi DUN Saribas yang disandang olehnya semenjak dari tahun 1991 lepas pada pilihan raya negeri ini nanti.

“Beliau banyak turun padang dan menyampaikan peruntukan menerusi pelbagai program atau aktiviti yang dilaksanakan dalam kawasan DUN Saribas bagi sepanjang tahun 2009 hingga tahun ini.

“Ia membuktikan bahawa Wahbi sentiasa mengutamakan dan berusaha menyelesaikan masalah rakyat dalam kawasan DUN Saribas,” kata Bendahari PBB cawangan N.30 Saribas, Haji Abang Morni Abang Ahmat setelah mempengerusikan mesyuarat itu.

Pihaknya juga turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa bahawa prestasi Wahbi ketika bekerja dan meninjau masalah rakyat dalam kawasannya mula merundum sejak akhir-akhir ini.

“Bagaimanapun kami tetap menghormati sebarang keputusan pucuk pimpinan parti PBB yang diketuai oleh Pehin Sri Haji Taib Mahmud bagi menentukan nama calon untuk bertanding di kawasan DUN Saribas pada pilihan raya negeri nanti,” katanya.

Pihaknya juga dengan sebulat suara menyatakan sokongan penuh terhadap Pehin Sri Taib untuk terus meneraju Kerajaan Barisan Nasional (BN) Sarawak selaku Ketua Menteri setelah tamat pilihan raya kelak demi kebaikan hala tuju pembangunan negeri selepas ini.

Hadir sama ialah Penghulu Abang Kifrawi, Penghulu Kadam anak Ot, Ketua Kampung Abang Sazali dan Haji Syafiee bin Haji Junaidi.

Terdahulu Ketua Pergerakan Pemuda PBB N.30 Saribas iaitu Mohammad Razi Sitam juga turut diwar-warkan untuk menjadi calon bagi bertanding mempertahankan kerusi DUN Saribas pada pilihan raya negeri kelak.

Tamat.

No comments:

Post a Comment