Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 February, 2011

Wanita hamil mati lemas di Sekadang, Lingga


Caption: TERUS PENCARIAN...Beberapa orang penduduk dan kakitangan kerajaan sedang mula memulakan kerja menyelamat mangsa di Lingga hari ini.


LINGGA, Isnin (21 Feb) – Seorang wanita hamil dipercayai lemas setelah perahu yang dinaiki oleh mangsa bersama keluarganya terbalik akibat dihempas ombak hasil kejadian pasang di kawasan Sekadang, Sungai Batang Lupar, Sri Aman sekitar jam 2 pagi tadi.

Sumber memberitahu sebelum berlakunya kejadian tersebut, mangsa yang dikenali sebagai Sebit anak Bungin, 23, sedang bermalam di pondok sawah dalam kawasan Ili Langgir bersama suami, Nelson Jampi, mertua lelaki dan wanita, anak bongsu dan seorang anak buah.

“Mangsa yang sedang sarat mengandung kemudiannya mengeluh mahu bersalin. Kesemua ahli keluarganya kemudian bertindak menghantar mangsa menggunakan perahu ke klinik Lingga untuk tindakan lanjut.

“Tanpa disangka ketika tiba kawasan Sekabang, ombak yang terhasil dari kejadian pasang di Sungai Batang Lupar telah menghempas perahu yang digunakan oleh mereka hingga menyebabkan ia terbalik di sungai terbabit,” kata sumber.

Kesemua ahli keluarga mangsa dipercayai berjaya berpaut pada perahu yang telah terbalik itu melainkan mangsa sendiri yang dipercayai terus hilang akibat kejadian air pasang terbabit.

Mereka yang masih selamat kata sumber dipercayai berjaya memusing semula perahu berkenaan dan berkayuh ke rumah panjang Langgir untuk meminta bantuan daripada penduduk di situ.

“Pihak polis, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, kakitangan pejabat daerah kecil Lingga dengan kerjasama penduduk kemudiannya melancarkan gerakan mencari mangsa di kawasan sungai berkenaan pada hari ini,” kata sumber.

Mangsa masih belum ditemui sehingga berita ini ditulis. Operasi mencari dan menyelamat mangsa di percayai ditangguhkan sementara waktu pada jam 4 petang hari ini untuk memberi laluan kepada fenomena pasang di Sungai Batang Lupar.

Tamat.

No comments:

Post a Comment