Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 February, 2011

Tetap sokong BN walau dituduh sudah keluar dari BN - Betty, Dio dan Samad


Caption: SOKONG HARDEN...Samad (tengah) bersama Tr Dio (kiri) dan Betty (kanan) ketika ditemui pemberita hari ini.


SRI AMAN, Rabu (23 Feb) – Pencalonan Datuk Francis Harden Hollis sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang pada pilihan raya negeri ini nanti nyata bukan sahaja mendapat sokongan daripada Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP).

Hari ini tiga orang ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telah menyatakan sokongan padu mereka terhadap Harden selaku calon SUPP bagi bertanding mempertahankan kerusi DUN Simanggang pada pilihan raya negeri ini nanti.

“Saya selaku mewakili 3,000 orang ahli dari ranting PBB Sungai Tanduk, Batu Lintang, Wong Pupo dan Empango menyatakan sokongan teguh kami terhadap pencalonan Harden selaku mewakili SUPP untuk mempertahankan kerusi terbabit pada pilihan raya negeri nanti.

“Kami tetap setiap terhadap kepimpinan BN bagi kawasan DUN Simanggang biar apa pun yang telah pihak tertentu katakan terhadap kumpulan kami sebelum atau selepas ini,” kata Ketua Ranting PBB Empango iaitu Tuai Rumah Dio anak Serit.

Sementara itu Ketua Pergerakan Wanita PBB N.27 Simanggang, Betty Manca menganggap dirinya sudah begitu sebati bersama BN berdasarkan kepada 27 tahun pengalaman beliau berjuang dalam komponen parti kerajaan terbabit selama ini.

Keserasian dalam BN kata beliau sekaligus menjadi bukti kepada semua pihak bahawa cukup mustahil bagi dirinya untuk meninggalkan perjuangan politik bersama pihak BN selepas ini.

Justeru mantan Naib Pengerusi cawangan PBB N.27 Simanggang iaitu Abang Samad Abang Mahsin menyatakan sokongan teguhnya terhadap pilihan SUPP untuk mencalonkan Harden bagi mempertahankan kerusi DUN Simanggang pada pilihan raya negeri kelak.

“Kami akan sentiasa berdiri teguh di belakang BN walaupun ada unsur-unsur yang sengaja memecah-belahkan kumpulan kami dari masa ke semasa,” kata Samad.

Tamat.

No comments:

Post a Comment