Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 February, 2011

TBS adakan taklimat wakaf di Pusa


Caption: MANFAATKAN...Faisal (kanan) menyampaikan cek bantuan kepada penerima sambil disaksikan oleh Shamshul (tengah) sebaik sahaja selesai taklimat itu.

oleh Zul Zainami

zulzainami@gmail.com

PUSA, Khamis (17 Feb) – Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) telah mengadakan taklimat berhubung tatacara pengurusan wakaf yang efisyen dan mampan bertempat di Masjid Beladin Al – Amin, Pusa, Betong baru-baru ini.

Taklimat yang melibatkan pemimpin dan penduduk Kampung Beladin ini bertujuan untuk meraih manfaat serta faedah yang lebih berganda terhadap pembangunan Umat Islam secara amnya dari masa ke semasa.

“Wakaf bukanlah suatu perkara yang baru bagi umat Islam kerana ia telah pun dilaksanakan sejak dari zaman baginda Rasulullah SAW lagi,” demikian menurut Pengurus Kanan Sektor Pembangunan dan Wakaf, TBS, Haji Abang Faisal bin Haji Abang Marzuki.

Menurut beliau taklimat diadakan oleh pihak TBS memandangkan pihaknya yakin ia mampu menyumbang kepada kesejahteraan sekiranya diaplikasi secara produsif mengikut keperluan masa dan zaman selepas ini.

Selain itu Faisal menerusi taklimat itu juga turut mengingatkan penduduk tempatan yang beragama Islam agar dapat melibatkan diri secara progresif dan aktif dalam tuntutan wakaf dari masa ke semasa.

Terdahulu Pengurus Baitulmal Cawangan Sri Aman, Shamsul Bahri Manap pada taklimat itu berkesempatan menyampaikan bantuan berupa kelengkapan asas kepada beberapa buah masjid dan surau dalam kawasan daerah Pusa, Saribas.

Shamshul pada taklimat itu juga turut memaklumkan kepada penduduk Islam untuk mengunjungi laman web rasmi TBS iaitu www.tbs.org.my untuk mendapatkan maklumat mengenai zakat, wakaf dan agihan yang terdapat di TBS.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Penasihat Masjid Beladin Al-Amin, Haji Morsidi bin Jon, dan Pengerusi Masjid Beladin Al-Amin, Hasan bin Haji Ali.

Tamat.

No comments:

Post a Comment