Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

22 February, 2011

Tauke neo hilang duit mata wang asing

SRI AMAN, Selasa (22 Feb) – Seorang isteri pemilik restoran tempatan dalam bandar ini mengalami kerugian setelah dompet berisi mata asing miliknya dicuri oleh orang tertentu menerusi kejadian yang berlaku sekitar tengah malam tadi.

Beliau ketika ditemui memberitahu kejadian berkenaan dipercayai berlaku sekitar jam 12.40 pagi apabila beliau bersama kakitangannya sedang melakukan kerja pembersihan kedai pada waktu itu.

“Terdapat tiga dompet dalam beg tangan saya. Dompet pertama berisi wang bernilai RM3,000 manakala dua buah lagi dompet mengandungi matawang asing Singapura dan Brunei.

“Beg tangan ini tinggalkan di kaunter pembayaran ketika kerja pembersihan dilakukan sehingga saya ternampak kelibat seorang budak lelaki memasuki kaunter pembayaran dan keluar ke bahagian sisi restoran selepas itu,” katanya.

Tindakan mencurigakan lelaki berkenaan menyebabkan mangsa segera memeriksa kaunter dan mendapati bahawa dua buah dompet dalam beg tangannya hilang dipercayai dicuri oleh lelaki tersebut.

Bagaimanapun mangsa meluahkan rasa leganya berhubung kes itu memandangkan beg tangan yang mengandungi wang bernilai RM3,000 berkenaan tidak dicuri oleh lelaki berkenaan.

“Seorang pekerja kebersihan bandar akhirnya menemui kedua-dua buah dompet terbabit di belakang restoran saya sendiri sekitar jam 7 pagi hari ini. Kesemua wang asing yang dianggarkan bernilai RM700 (berdasarkan kepada nilai tukaran wang) hilang melainkan kad pengenalan, kad bank dan lain-lain kad dalam dompet ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment