Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 February, 2011

Suami dikejar bini guna lesung, pemuda digunting hingga botak kerana arak

SRI AMAN, Sabtu (5 Feb) – Dua peristiwa lucu membabitkan kes meminum arak telah dilaporkan berlaku di sebuah perkampungan dalam Bahagian Sri Aman malam tadi.

Peristiwa dipercayai bermula pada jam 5.30 petang kelmarin apabila sejumlah empat orang serakan duduk berhimpun di sebuah rumah salah seorang rakan mereka bagi tujuan sesi meminum arak.

Menjelang jam 10 malam, isteri kepada salah seorang daripada kumpulan ini mula melahirkan rasa marahnya apabila si suami masih belum mahu pulang ke rumah walaupun hampir lewat malam.

Akibatnya si isteri mengejar si suami dengan menggunakan lesung kayu mengelilingi kawasan rumah berkenaan sehingga wanita berkenaan berjaya menangkap suaminya kira-kira 10 minit selepas itu.

Kumpulan terbabit yang hanya tinggal tiga orang ‘ahli’ sahaja nyata enggan menamatkan sesi mereka begitu sahaja dan meneruskan aktiviti berkenaan sehingga jam 12.30 tengah malam.

Bagaimanapun salah seorang daripada kumpulan ini telah terlalu mabuk dan pulang ke rumah panjangnya sendiri sebelum ibunya bertindak menggunting rambut pemuda malang berkenaan pada malam itu.

Si pemuda malang berkenaan yang belum menyedari bahawa rambutnya telah digunting oleh ibunya sendiri pada waktu malam tadi telah bertindak turun mandi ke sungai pada waktu pagi hari ini.

Oleh kerana diketawakan oleh para perempuan dan kanak-kanak sekampung di sungai, pemuda tersebut akhirnya sedar bahawa kepalanya sudah digunting hingga botak dan terus bertindak melarikan diri dari rumah panjangnya kerana merajuk.

“Dia akan pulang semula selepas ini. Inilah hukuman terhadap anak yang belum mahu berhenti minum arak secara berturut-turut semenjak tiga hari lepas kerana kita bimbangkan kesihatan mereka berhubung tabiat tersebut,” kata si ibu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment