Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

28 February, 2011

Sokanjaya JKR Betong terima kunjungan Sokanjaya Sarikei






Caption:

1. ERAT SILATURAHIM...Ahli Kelab Sokanjaya JKR Betong dan Sarikei bergambar kenangan pada sesi kunjungan itu baru-baru ini.

2. UNTUK KENANGAN...Pasukan bola jaring Kelab Sokanjaya JKR Betong dan Sarikei bergambar kenangan sebelum bermulanya perlawanan persahabatan antara dua pihak.


SARATOK, Ahad (27 Feb) – Hubungan silaturahim antara Kelab Sokanjaya, Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Betong dan Sarikei telah diserikan lagi dengan aktiviti kunjungan serta sukan di JKR Daerah Saratok baru-baru ini.

Setiausaha Kelab Sokanjaya JKR Bahagian Betong, Flaurine Engkamat berkata kunjungan seramai 40 orang ahli Kelab Sokanjaya JKR Bahagian Sarikei pejabat JKR Daerah Saratok ini bertujuan untuk membalas kembali lawatan oleh pihaknya ke Sarikei pada tahun lepas.

“Sesi kunjungan ini telah kita meriahkan dengan acara perlawanan bola sepak dan bola jaring antara pasukan Kelab Sokanjaya JKR Bahagian Betong dan Kelab Sokanjaya JKR Bahagian Sarikei,” katanya.

Bagi perlawanan bola jaring yang berlangsung di perkarangan pejabat JKR Daerah Saratok menyaksikan pasukan Kelab Sokanjaya JKR Bahagian Betong muncul pemenang dengan kiraan mata 19 – 9 terhadap pasukan Kelab Sokanjaya JKR Bahagian Sarikei.

Manakala itu perlawanan bola sepak yang berlangsung di Stadium Saratok menyaksikan pasukan Kelab Sokanjaya JKR Bahagian Betong berjaya menumpaskan pasukan Kelab Sokanjaya JKR Bahagian Sarikei jaringan gol 3 – 1.

“Aktiviti kunjungan ini kemudiannya disambung dengan Majlis Makan Malam di perkarangan Pejabat JKR Daerah Saratok dan mereka yang hadir telah pun disajikan sesi karaoke dan tarian poco-poco,” kata Flaurine.

Terdahulu Kelab Sokanjaya Bahagian Betong dan Kelab Sokanjaya JKR Bahagian Sarikei telah berjaya menjalinkan hubungan silaturahim melalui aktiviti berbalas kunjungan selama ini.

Bagaimanapun aktiviti ini boleh dianggap sebagai salah satu aktiviti pemanas badan oleh Kelab Sokanjaya JKR Bahagian Betong yang dijangka akan menerima beberapa lagi kunjungan dari kelab JKR bahagian lain selepas ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment