Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 February, 2011

Skuad Belia Debak II juara Sepak Takraw Karnival Mesra 1 Belia Saribas


Caption: KAMI JUARA...Skuad Belia Debak II merakamkan gambar kenangan bersama Busri (kiri) dan Razi (tengah) sebaik sahaja selesai kejohanan berkenaan.

- 17 Feb

Kehebatan skuad Belia Debak II terbukti apabila mereka muncul juara bagi Pertandingan Sepak Takraw yang diadakan bersempena dengan Karnival Mesra Belia 1 Sarawak Peringkat DUN Saribas bermula 12 hingga 13 Februari lepas.

Pertandingan yang berlangsung menerusi sistem double knock out di Kampung Bungin, Spaoh itu menyaksikan sang juara menewaskan skuad Belia Debak I dengan kemenangan set perlawanan 21– 9, 21-18 dan 15-7 pada saingan akhir pertandingan berkenaan.

Kemenangan ini membuktikan skuad Belia Debak II yang dianggotai oleh Faizal Zakaria, Azhar Razali, Syahrum Jais dan Sharul Hipni berjaya menundukkan saingan daripada lapan buah pasukan yang turut berentap dalam pertandingan berkenaan.

Manakala itu pula skuad Belia Debak I yang dianggotai oleh Ahmad Sedin, Abdul Rahman, Mohd Faizal dan Hisham Adenan terpaksa akur dengan kedudukan naib juara menerusi pertandingan berkenaan.

Terdahulu Pengurus skuad Belia Debak I dan Belia Debak II, Abang Busri Abang Morni berkata keyakinan tinggi yang ditunjukkan oleh pemain membolehkan mereka merangkul kedudukan juara dan naib juara pada pertandingan itu.

"Untuk menjadi juara para pemain perlu menyemai sifat keyakinan diri disamping bijak mengatur strategi permainan sebagai satu pasukan ketika berhadapan dengan pihak lawan,” jelas beliau merangkap Setiausaha Kelab Sukan dan Rekreasi Debak.

Terdahulu Pertandingan Sepak Takraw Belia anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong dengan kerjasama Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) N.30 Saribas sempena Karnival Mesra Belia 1Sarawak itu telah dirasmikan oleh wakil rakyatnya iaitu Dr Haji Wahbi Hj Junaidi.

Turut hadir meraikan kejuaraan tersebut adalah Ketua Pergerakan Pemuda PBB N.30 Saribas, Mohammad Razi Sitam selaku selaku Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi Debak.

Tamat.

No comments:

Post a Comment