Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

25 February, 2011

SK Nanga Menyebat ungguli tempat ke-3 Balapan Zon Lubok Antu


Caption: UNTUK ALBUM...Kontinjen SK Nanga Menyebat merakamkan gambar kenangan sebaik sahaja dinobatkan sebagai pasukan pemenang tempat ketiga dalam kejohanan itu.

- 25 Feb

Macduff. G

Kontigen Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga menyebat kekal cemerlang setelah berjaya menduduki tempat ketiga secara keseluruhannya dalam Kejohanan Balapan dan Padang MSSR Zon Lubok Antu 2011 kali Ke - 2 di Kompleks Sukan Lubok Antu baru-baru ini.

Kontigen SK Nanga Menyebat yang dibarisi seramai 20 orang atlet dan tujuh orang guru telah memperolehi enam pingat Emas, lima pingat Perak dan lima pingat Gangsa menerusi acara Lompat Jauh, Lontar peluru, Lompat tinggi dan acara balapan.

Ketua kontigen iaitu More @ Mohd Faizal ketika ditemui memberitahu penyertaan SK Nanga Menyebat dalam kejohanan belapan kali ini adalah yang terbesar berbanding tahun sebelumnya.

“SK Nanga Menyebat juga merupakan pengelola bersama untuk Kejohanan Balapan dan Padang MSSR Lubok Antu tahun ini bersama-sama dengan empat buah sekolah yang lain iaitu SK Nanga Delok, SK Ulu Engkari, SK Ulu Lemanak dan SK Nanga Tibu.

“Kami berasa sangat gembira berhubung kejayaan cemerlang ini. Ia membuktikan bahawa kita tidak pernah memandang remeh terhadap pembangunan dan kegiatan sukan di sekolah walaupun berada kawasan luar bandar yang serba kekurangan dari segi kemudahan infrastruktur, peralatan dan sukan,” katanya.

Walaupun gagal mengekalkan sebanyak lapan pungutan pingat emas kali ini namun pihak SK Nanga Menyebat katanya tetap berasa gembira kerana beberapa orang atlet yang mewakili sekolah kali ini nyata berjaya mempamerkan potensi mengejutkan.

“Buat julung kalinya SK Nanga Menyebat turut menyertai acara 4 x 100m dan 4x200m bagi perempuan 11 tahun dan lelaki 12 tahun yang menyaksikan pasukan perempuan 11 tahun kita mengondol pingat perak dalam 4 x 200m.

“Ini membuktikan komitmen tinggi para atlet dan jurulatih yang telah berusaha gigih dalam mengasah bakat serta potensi para pelajar dalam bidang sukan bagi pengekalan kecemerlangan ini,” katanya.

Justeru beliau berharap agar kontigen SK Nanga Menyebat terus beroleh kejayaan bagi kejohanan seterusnya bagi menyuntik semangat para pelajar luar bandar untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan selepas ini.

Terdahulu sembilan daripada 20 atlet sekolah telah terpilih untuk mewakili Kontigen Zon Lubok Antu ke Kejohanan Olahraga MSSB peringkat Bahagian Sri Aman yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Sri Aman pada 21 hingga 25 Mac ini nanti.

Tamat.

No comments:

Post a Comment