Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 February, 2011

Singkir sikap prejudis - Rayong


Caption: SELAMAT TAHUN BARU...Rayong (duduk tengah) ketika berkunjung ke kediaman Kaunselor Lai di Jelukong, baru-baru ini.


ENGKILILI, Sabtu (5 Feb) – Penduduk berbilang kaum dalam negeri ini terutama sekali dari kawasan Engkilili dinasihat untuk mengenepikan sikap prejudis dalam diri masing-masing pada masa akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa berkata penduduk berbilang kaum di Engkilili katanya harus bersatu untuk mencapai satu matlamat pembangunan secara bersama-sama dan bukannya berjuang demi kepentingan diri masing-masing.

“Perihalnya dalam politik, semua penduduk berbilang kaum harus menyokong kerajaan yang didokong oleh BN tanpa mengutamakan kepentingan kaum pada pilihan raya negeri kelak.

“Kemajuan yang melanda kawasan Engkilili akan memberi manfaat bukan kepada satu kaum sahaja malah kepada semua kaum yang tinggal di kawasan ini pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap ringkas pada Majlis Kunjungan Perayaan Tahun Baru Cina ke kediaman Penolong Setiausaha Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Bahagian Engkilili, Kanselor Lai Chaw Soon di Jelukong, Engkilili baru-baru ini.

Selain itu amalan kunjung-mengunjung ketika berlangsung musim perayaan besar kata Rayong perlu terus dikekalkan dikalangan penduduk berbilang kaum dalam negeri ini pada masa akan datang.

Katanya amalan terbabit amat penting agar sikap saling hormat-menghormati budaya, adat resam dan agama dikalangan penduduk berbilang kaum dapat terus disemai dalam diri masing-masing.

“Pentingnya di sini ialah faktor terbabit akan mewujudkan hubungan perpaduan yang lebih kukuh dalam diri penduduk berbilang kaum di sesebuah kawasan penempatan di negeri ini dari masa ke semasa.

“Aspek ini secara tidak langsung akan menjurus kepada proses pembangunan negeri yang berdaya maju serta mantap. Justeru Ini akan memberi manfaat kepada penduduk berbilang kaum yang tinggal di bawah teraju Barisan Nasional (BN) selepas itu,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment