Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 February, 2011

SIDS turun padang bantu mangsa kebakaran rumah Anek, Bayai Undop


Caption: IKHLAS...Roselyn (tujuh kiri) bersama Tr Anek dan ahli SIDS Sri Aman yang lain bergambar kenangan di hadapan bantuan sebaik sahaja selesai majlis itu.


SRI AMAN, Isnin (21 Feb) – Sarakup Indu Dayak Sarawak atau SIDS cawangan Sri Aman telah turun padang bagi membantu mangsa kebakaran dari rumah Anek, Bayai, Undop, Sri Aman kelmarin.

SIDS cawangan Sri Aman telah menghulurkan bantuan kebajikan kepada kesemua mangsa kebakaran berkenaan bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh mereka semenjak kejadian kebakaran pada 9 Februari lepas.

“SIDS cawangan Sri Aman sentiasa prihatin terhadap musibah yang melanda penduduk dalam kawasan Sri Aman dan kita akan lakukan sebaik mungkin pelbagai cara bagi mengurangkan bebanan mereka selepas itu,” katanya pengerusinya Roselyn Abunawas.

Selain itu beliau juga menasihatkan penduduk rumah panjang dalam kawasan Sri Aman untuk sentiasa berhati-hati ketika menggunakan bahan api atau perkakasan elektronik dalam kediaman mereka dari masa ke semasa.

Penduduk rumah panjang kata Roselyn tidak harus memandangkan rendah terhadap isu keselamatan penggunaan bahan berkenaan memandangkan ia mampu memusnahkan hidup mereka dalam sekelip mata.

“Nasihat ini saya tujukan kepada kaum wanita di rumah panjang. Saya meminta golongan ini memainkan peranan dengan lebih aktif untuk menyedarkan jiran mereka tentang bahaya akibat kebakaran selepas ini.

“Lagipun saya juga berharap agar penduduk rumah panjang tidak mengabaikan langkah keselamatan yang disampaikan oleh pihak berwajib selepas ini demi keselamatan kediaman masing-masing,” katanya.

Terdahulu seramai 49 orang penghuni Rumah Anek anak Tawi, Bayai Undop, tinggal sehelai sepinggang setelah rumah panjang mereka musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku pada 9 Februari lepas.

Tamat.

No comments:

Post a Comment