Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 February, 2011

Sertai CNI kalau mahu ubah ekonomi keluarga, Chan


Caption: TAHNIAH...Thien (kanan) menyampaikan hamper cabutan tiket bertuah kepada seorang penerima sambil disaksikan oleh Chan (tiga kanan) pada majlis itu.


SRI AMAN, Ahad (20 Feb) – Penduduk disaran untuk menjadikan syarikat Creative Network International atau CNI sebagai platform utama jika memajukan ekonomi keluarga masing-masing selepas ini.

Pengarah Eksekutif Rantaian Bekalan Dan Kualiti Proses CNI Sdn Bhd, Chan Kok Liang mengeluarkan saranan ini ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam sempena sambutan Tahun Baru Cina 2011 bertempat di sebuah restoran tempatan dalam bandar ini malam tadi.

“CNI adalah merupakan sebuah syarikat perniagaan jualan langsung berkonsepkan Multi Level Marketing (MLM) di Malaysia yang amat terkenal dari segi penjualan produk kesihatan.

“Berdasarkan kepada produk kesihatannya yang bermutu, ramai individu telah menjadi usahawan berjaya hasil daripada usaha gigih mereka dalam mempromosi dan menjual produk kami sebelum ini,” katanya.

Selain itu pihak CNI kata Chan juga akan sentiasa menyokong usaha kerajaan dalam menjayakan perlaksanaan Gagasan 1 Malaysia demi kebaikan masa depan semua penduduk di negara ini.

Penganjuran majlis makan ini kata beliau menunjukkan salah satu usaha pihak CNI untuk menghimpunkan semua ahli CNI yang terdiri daripada pelbagai kaum bagi merapatkan lagi hubungan perpaduan antara mereka selepas ini.

“Dengan kata lain CNI tidak hanya fokus kepada hal ehwal jualan produk kesihatan saja. Pihak kita nyata turun padang untuk menjayakan perlaksanaan matlamat 1 Malaysia yang diperkenal oleh kerajaan.

“Justeru saya berharap majlis yang diadakan bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina ini akan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara semua ahli CNI berbilang kaum di Sri Aman pada masa akan datang,” katanya.

Hadir sama ialah Pengerusi Persatuan Cina Bersekutu Sri Aman, Dato Dr Ngu Phiew Shen, Pengurus Edaran CNI cawangan Sri Aman, Thien Siew Chin dan para ahli CNI yang lain.

Majlis diserikan lagi dengan aktiviti cabutan tiket bertuah, taklimat ringkas mengenai penghasilan produk kesihatan terbaru CNI dan persembahan nyanyian lagu oleh tetamu undangan khas.

Tamat.

No comments:

Post a Comment