Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 February, 2011

Rayong rasmi Program Jiwa Murnia Tentera Darat


Caption: INGIN CUBA...Dr Rayong sambil disaksikan oleh Jamaluddin ketika sedang memeriksa tekanan darah beliau sendiri pada program itu.


ENGKILILI, Isnin (14 Feb) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa telah merasmikan Program Jiwa Murni Tentera Darat bertempat di Dewan Serbaguna Engkilili / Lubok Antu kelmarin.

Beliau ketika berucap pada program itu memberitahu projek bertujuan untuk memenangi hati rakyat disamping memperkukuhkan lagi hubungan silahraturahim di antara mereka dengan tentera dan kerajaan selepas ini.

“Program ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan sokongan rakyat terhadap tentera dan kerajaan. Dengan adanya usaha ini rakyat dapat bekerjasama dengan agensi – agensi kerajaan untuk mempromosikan agenda pembangunan Negara (Nation Building),” katanya.

Selain itu program Jiwa Murni Tentera Darat kata Rayong juga boleh dijadikan sebagai platform untuk latihan mempertingkatkan pengetahuan dan kepakaran dikalangan anggotanya dari masa ke semasa.

Malahan program terbabit menurut beliau juga secara tidak langsung akan membolehkan pihak tentera mengumpul dan mengemaskini segala maklumat setempat bagi kegunaan mereka pada masa datang.

“Program ini juga dapat mempromosi imej dan sumbangan tentera dalam agenda pembangunan negara. Justeru diharap faktor keselamatan negara mampu dipertingkat dengan adanya hubungan antara dua pihak ini,” katanya.

Terdahulu Program Jiwa Murni Tentera yang diketuai oleh Pegawai Memerintah 10 RRD, Leftenan Kolonel Jamaluddin Bin Yaacob adalah merupakan anjuran Markas 3 Briged Kem Penerisen Kuching.

Program yang dijayakan oleh enam orang pegawai dan 45 anggota tentera lain-lain pangkat itu diselitkan dengan aktiviti pemeriksaan kesihatan dan pergigian secara percuma kepada rakyat Engkilili.

Seramai 194 orang dirawat dalam perkhidmatan kesihatan dan 145 orang perhidmatan pergigian sepanjang dua hari itu. Perkhidmatan lain yang turut diadakan dalam Projek ini ialah membersihkan kawasan Dewan Serbaguna Daerah Lubok Antu, Engkilili.

Tamat.

No comments:

Post a Comment