Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 February, 2011

Ranting PBB N.27 Bandar Sri Aman mula mesyuarat pertama


Caption: UNTUK ALBUM... Benjamin (duduk tiga kiri) bersama (dari kanan sekali) Isaac, Wilson, Luke Jetie, Peter, Mathew, Bujang serta barisan AJK yang lain bergambar kenangan sebelum bermula sesi mesyuarat berkenaan.


SRI AMAN, Rabu (23 Feb) – Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.27 Bandar Sri Aman bakal memperhebatkan lagi perlaksanaan aktiviti sosial dikalangan penduduk kawasan Sri Aman mulai sekarang.

Pengerusi Ranting PBB N.27 Bandar Sri Aman, Benjamin Timban ketika ditemui memberitahu usaha akan diperhebat dengan adanya penubuhan sub komiti sukan, sub komiti kebajikan dan sub komiti kebudayaan kelak.

“Kemunculan sub komiti terbabit bakal mengerakkan jentera ranting PBB N.27 Bandar Sri Aman sebaik sahaja ketua jawatankuasanya sudah dipilih bagi memacu aktiviti sosial di kawasan ini kelak,” katanya.

Terdahulu Benjamin telah mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pertama ranting PBB N.27 Bandar Sri Aman bertempat di kediamannya Jalan Resak pada jam 10 pagi hari ini.

Ia merupakan mesyuarat pertama bagi Ranting PBB N.27 Bandar Sri Aman berkenaan semenjak permohonan pertama mereka pada 11 Februari 2008 diluluskan pada 14 Februari tahun ini.

Jawatankuasa ini terdiri daripada Benjamin selaku pengerusi, Peter Finch Mengga selaku naib pengerusi, Luke Jetie Benjamin selaku setiausaha, Wilson Bangggai Jelani selaku penolong setiausaha, Mathew Mijer Raweh selaku bendahari, Bujang Ben selaku penolong bendahari manakala Isaac Stalin Simon selaku ketua penerangan.

Manakala ahli jawatankuasa Ranting PBB N.27 Bandar Sri Aman pula dibarisi oleh Francis Tikong, Roselyn Abunawas, Margaret Anne Bajai, Catherline Ulat Musa, Kedeni Muyah, Salang Angkor, Terence Ajit Kana, Jusi Renang, Jelang Muyah dan Linggi Menor.

“Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih diatas sokongan Timbalan Presiden I PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang, Setiausaha Agung PBB, Dr Stephen Rundi Utom dan Ketua Cawangan PBB N.27 Simanggang, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar kerana meluluskan permohonan pembukaan ranting kami,” kata Benjamin.

Tamat.

No comments:

Post a Comment