Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 February, 2011

PPWS Simunjan turut serta perarakan Maulidur Rasul Simunjan



Caption: UNTUK ALBUM...Saaniah (duduk dua kanan) ketika merakamkan gambar kenangan bersama para ahli selepas selesai perarakan tersebut.


SIMUNJAN, Isnin (21 Feb) – Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Daerah Simunjan tidak ketinggalan untuk memeriahkan suasana sambutan Hari Maulidur Rasul 1432 H / 2011 M di Pekan Simunjan pada hari Sabtu lepas.

Ia terbukti apabila seramai 20 orang ahli perkumpulan berkenaan mengambil bahagian dalam upacara perarakan bersempena dengan sambutan Hari Maulidur Rasul yang diketuai oleh pengerusinya iaitu Saaniah Haji Kahar.

Saaniah ketika ditemui memberitahu penglibatan pihaknya dalam program seperti ini adalah merupakan salah satu daripada aktiviti yang diadakan oleh PPWS Daerah Simunjan bagi sepanjang tahun 2011.

“Penglibatan pihak kita dalam program seperti ini adalah amat penting untuk menonjolkan PPWS sebagai sebuah perkumpulan yang aktif dalam kegiatan kemasyarakatan dari masa ke semasa.

“Justeru saya berharap agar setiap ahli PPWS Simunjan sentiasa bekerjasama dan memberi sokongan penuh ketika menjayakan pelbagai program anjuran pihak perkumpulan selepas ini,” menurut beliau.

Beliau juga mengalakkan kemasukan lebih ramai wanita dalam PPWS cawangan Simunjan mulai sekarang demi memantapkan lagi perlaksanaan aktiviti kebajikan di sini pada masa akan datang.

Turut serta dalam perarakan itu juga ialah Pengerusi PPWS Daerah Sri Aman, Saidah binti Saibi dan Pengerusi PPWS Cawangan Taman Hijrah Fasa ll, Ramlah binti Haji Labah.

Tamat.

No comments:

Post a Comment