Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 February, 2011

PERKIM kurang dapat sambutan kerana persepsi fungsi yang salah


Caption: UNTUK ALBUM....Para jawatankuasa baru PERKIM Sri Aman bergambar kenangan bersama Jalilah sebaik sahaja tamat mesyuarat agung berkenaan.


SRI AMAN, Isnin (14 Feb) – Tanggapan salah penduduk terhadap fungsi sebenar pertubuhan berkenaan menyebabkan PERKIM (Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia) masih kurang mendapat sambutan daripada penduduk hingga sekarang.

Exco PERKIM Sarawak cawangan Sarikei, Hajjah Dayang Jalilah Tun Salahuddin berkata pertubuhan berkenaan sebenarnya boleh memainkan peranan dalam semua jenis aktiviti kebajikan masyarakat.

“Penduduk menganggap bahawa PERKIM hanya berperanan dalam mempertingkatkan kebajiakn hidup umat Islam. Tanggapan ini salah kerana kita juga menyumbang kepada perlaksanaan aktiviti kemasyarakatan di negeri ini,” katanya.

Justeru Jalilah yang juga Penyelaras PERKIM cawangan Sri Aman berharap agar masyarakat dapat mengenepikan persepsi negatif mengenai peranan PERKIM dalam memajukan hidup mereka pada masa akan datang menerusi pelbagai aktiviti yang diadakan.

Terdahulu beliau telah berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan 2011 – 2013 PERKIM cawangan Sri Aman di bangunan Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak atau PPWS kawasan Sri Aman baru-baru ini.

Mesyuarat agung kali ini menyaksikan Hajah Dayang Mariana menyandang jawatan pengerusi PERKIM Sarawak cawangan Sri Aman manakala jawatan timbalan pengerusi disandang oleh Nur Khadijah Abdullah.

Turut dilantik pada mesyuarat agung ini ialah Lily Suriaty selaku Bendahari PERKIM Sarawak cawangan Sri Aman bersama lima orang lagi Ahli Jawatankuasa PERKIM Sarawak cawangan Sri Aman yang lain.

Tamat.

No comments:

Post a Comment