Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 February, 2011

Perarakan 5 kM maulidur rasul Simunjan pada 19 Feb ini



Caption: SIBUK...Len (bersongkok tiga kanan) ketika sedang mempengerusikan mesyuarat berkenaan bersama ahli jawatankuasa yang lain.


SIMUNJAN, Khamis (17 Feb) - Satu perarakan sejauh lima kilometer akan diadakan bersempena dengan sambutan Hari Maulidur Rasul 1432H / 2011M bagi peringkat Daerah Simunjan akan diadakan pada 19 Februari ini nanti.

Perkara ini diumumkan oleh Timbalan Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Islam Simunjan (LAKIS), Len Haji Solhi ketika menpengerusikan mesyuarat lanjutan jawatankuasa sambutan Maulidur Rasul 1432 H peringkat Daerah Simunjan di Rumah Rehat, Pejabat Daerah Simunjan baru-baru ini.

“Perarakan akan bermula dari Padang Sentral pada jam 7 pagi. Kita akan melalui jalan Kampung Nanas, Kampung Keleka, Pasar Simunjan, Jalan Sabah dan akan berakhir di Dewan Mesra, Majlis Daerah Simunjan (MDS).

“Dianggarkan seramai 2,000 orang individu bakal mengambil bahagian dalam aktiviti perarakan itu nanti,” katanya sambil menambah perarakan itu juga bakal disertai oleh Ahli Parlimen Batang Sadong, Hajah Nancy Syukrie dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Haji Naroden Haji Majais.

Len turut menambah bahawa sambutan Hari Maulidur Rasul 1432 H / 2011 H bagi peringkat Daerah Simunjan pada tahun ini telah bermula kelmarin (16 Februari) sehingga ia tamat pada 19 Feb ini.

Beberapa acara sampingan katanya telah dirancang bagi memeriahkan lagi aktiviti berkenaan termasuk Pertandingan Berzikir, Berzanji, Haderah, Nasyid dan Sayembara Deklamasi Puisi Islam di Dewan Mesra MDS.

Justeru beliau berharap agar seluruh umat Islam di sekitar daerah Simunjan turun beramai-ramai untuk memeriahkan Sambutan Maulidur Rasul 1432H / 2011 M pada hari itu nanti.

Tamat.

No comments:

Post a Comment