Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 February, 2011

Penduduk perlu fahami tugas tentera - Harden


Caption: PENGHARGAAN...Harden menerima cenderamata daripada Tr John sambil disaksikan oleh (dari kiri) Jusoh, Ramli, Sebli dan Masir pada majlis itu.


SRI AMAN, Sabtu (5 Feb)– Penduduk luar bandar perlu memahami selok-belok dan peranan pihak tentera terhadap pembangunan hidup mereka dengan lebih mendalam selepas ini demikian menurut Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis.

Katanya rata-rata penduduk luar bandar masih ‘melekat’ dengan tanggapan bahawa tentera hanya bertugas untuk menjaga keselamatan negara walaupun realiti sebenar peranan mereka tidak menjurus kepada aspek itu pada masa sekarang.

“Peranan pihak tentera tidak lagi hanya terhad kepada aspek keselamatan negara namun sudah mula masuk kampung seperti penganjuran program jiwa murni yang diadakan oleh mereka bagi tahun ini.

“Ini membuktikan bahawa tentera juga komited menjaga kebajikan hidup penduduk luar bandar. Justeru saya berharap agar penduduk luar bandar terus bekerjasama dengan mereka untuk menjayakan aktiviti kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari masa ke semasa,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Jiwa Murni Tentera Darat Malaysia di Rumah Michael John, Entebar, Batu Lintang, Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu Harden juga mahu penduduk luar bandar untuk terus bekerjasama dengan ATM bagi memastikan tahap keselamatan di kawasan penempatan mereka terus selamat pada masa akan datang.

“Pada masa sekarang penduduk harus bekerjasama dengan pihak ATM untuk menjaga keselamatan penempatan mereka walaupun dengan cara yang berbeza mulai sekarang,” katanya.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Residen Sri Aman, Abdul Rahman Sebli Sanusi, Panglima Markas 3 Briged Kuching, Brigedier Jeneral Datuk Ramli Jaafar dan Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mat Jusoh Muhammad.

Program Jiwa Murni Tentera Darat Malaysia yang berlangsung selama tiga hari di Rumah Michael John, Entebar ini telah diselitkan dengan aktiviti pemeriksaan kesihatan dan pemberian ubatan percuma kepada penduduk.

Tamat.

No comments:

Post a Comment