Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 February, 2011

Penduduk luar bandar banyak sumbang kemenangan BN kata Uggah


Caption: SELAMAT DATANG...Uggah disambut oleh tetamu sambil diiringi oleh (dari belakang) Nyalau, Lawson dan Mussen pada majlis itu kelmarin.


LUBOK ANTU, Ahad (20 Feb) – Kerajaan akan terus memberi fokus bagi membangunkan kawasan luar bandar dalam negeri ini dari masa ke semasa demikian menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Douglas Uggah Embas.

Ini kerana jelas beliau kawasan luar bandar banyak menyumbang kepada kemenangan komponen parti Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri mahupun parlimen sebelum ini.

“Kerajaan sedar bahawa penduduk luar bandar masih menyokong penuh BN selama ini. Kemenangan besar BN membuktikan bahawa penduduk luar bandar masih memerlukan kepimpinan kita.

“Justeru kerajaan yang didokong oleh komponen parti BN berikrar untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua penduduk luar bandar dalam negeri ini dari masa ke semasa,” menurut beliau.

Uggah yang juga Ahli Parlimen Betong berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Merarau (Makan Tengahari) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Batang Ai di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Lubok Antu kelmarin.

Selain itu PBB Batang Ai kata beliau juga akan menyokong penuh calon BN yang bakal bertanding mempertahankan kerusi DUN Batang Ai ini pada pilihan raya negeri akan datang.

Justeru Uggah menyeru semua ahli parti PBB Batang Ai untuk saling bekerjasama dan memberi sokongan penuh terhadap calon BN yang bakal bertanding di kerusi DUN Batang Ai pada pilihan raya kelak.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai, Malcom Mussen Lamoh, ADUN Bukit Saban, Robert Lawson Chuat dan ADUN Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa.

Beliau pada majlis berkenaan mengumumkan peruntukan bernilai RM5,000 kepada Pemuda PBB Batang Ai manakala RM5,000 lagi kepada Pergerakan Wanita PBB Batang Ai.

Tamat.

No comments:

Post a Comment