Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

18 February, 2011

Penduduk Kampung Sageng mahu parit dibaiki


Caption: PERLU PERHATIAN...Gambar menunjukkan keadaan parit konkrit yang mendatangkan masalah kepada penduduk Kampung Sageng selama ini.


SIMUNJAN, Jumaat (18 Feb) - Penduduk di Kampung Sageng, Simunjan melahirkan rasa kecewa apabila parit konkrit yang dibina oleh pihak berkuasa tempatan menimbulkan masalah kepada mereka selama ini.

Ini kerana parit yang dibina oleh pihak berkuasa tempatan dakwa mereka tidak cukup panjang sehingga menyebabkan air yang mengalir dari parit berkenaan melimpah ke kawasan lapang yang berhampiran.

Parit konkrit berkenaan dakwa penduduk Kampung Sageng sepatutnya dibina dari sambungan parit yang sedia ada iaitu lebih kurang 10 meter dari situ untuk memastikan air mengalir lancar untuk sepanjang masa.

Seorang penduduk iaitu Hashim Eteng, 53, ketika ditemui memberitahu adalah lebih baik parit tanah dibiarkan daripada membina parit konkrit yang mengundang pelbagai masalah kepada penduduk kampung sebelum itu.

“Sekiranya peruntukan menjadi punca utama kepada masalah ini maka pihak berkuasa tempatan haruslah mengadakan perancangan teliti sebaik mungkin agar ia dapat dilaksanakan dengan teratur pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Haji Ann bin Oben, 67, meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap pihak berkuasa tempatan kerana parit yang dibina di Kampung Mawar Jaya, Simunjan tidak diselenggara dengan sempurna untuk sekian lama.

Tanah lumpur telah mendap di parit konkrit kata Haji Ann sehingga rumput tumbuh dalam parti tersebut gara-gara tidak diselenggara oleh pihak majlis untuk tempoh masa yang lama.

“Lebih malang lagi ialah air telah bertakung di parit tanah yang berhampiran. Saya bimbang parit ini boleh menjadi sarang pembiakan nyamuk sehingga mengundang kepada masalah kesihatan penduduk selepas ini,” katanya.

Sebagai pembayar cukai, beliau mendakwa adalah tidak adil sekiranyat perkhidmatan yang pihak berkuasa tempatan berikan tidak setimpal dan kurang memuaskan terhadap penduduk.

Justeru beliau berharap agar pihak berkuasa tempatan kerap turun padang untuk memantau dan meninjau masalah penduduk agar perkhidmatan yang diberi tampak sempurna dan memuaskan semua pihak dari masa ke semasa.

Tamat.

No comments:

Post a Comment